Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut digilis treler

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut digilis treler

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut digilis treler
Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas digilis treler akibat sebuah kenderaan pacuan empat roda membrek secara mengejut di lorong kecemasan di Seremban.

SEREMBAN: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut akibat digilis treler dalam kemalangan di KM254.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, lelaki berusia 51 tahun berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dipandu lelaki berumur 65 tahun bersama penumpang perempuan berusia 54 tahun dalam perjalanan dari arah Rembau menuju ke Shah Alam membrek secara mengejut.

“Kereta itu dipandu di lorong kecemasan, menyebabkan motosikal jenis BMW ditunggangi mangsa yang berada di belakang terlanggar bahagian cermin lampu belakang kanan kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa terjatuh ke lorong sebelah kanan sebelum digilis treler.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO


Mohamad Hatta berkata sebuah motosikal lagi yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak dan turut melanggar belakang kereta berkenaan.

Pemandu dan penumpang kereta pacuan empat roda, serta penunggang sebuah lagi motosikal dan pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes Insp Tiew Chuan Jie di talian 014-9668399 atau ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut digilis treler

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker