Paulinho bawa Palmeiras ke suku akhir Piala Dunia Kelab

Paulinho bawa Palmeiras ke suku akhir Piala Dunia Kelab

Paulinho bawa Palmeiras ke suku akhir Piala Dunia Kelab
Penjaga gol Palmeiras, Weverton dan penyerang Estevao meraikan kemenangan selepas wisel penamat. FOTO REUTERS

Philadelphia, Amerika Syarikat: Pemain gantian Paulinho meledak gol kemenangan pada masa tambahan untuk menamatkan pertembungan sengit sesama pasukan Brazil apabila Palmeiras menewaskan Botafogo 1-0 awal pagi tadi, sekali gus mara ke suku akhir Piala Dunia Kelab.

Pemain sayap itu dimasukkan pada babak kedua serentak dengan tindakan jurulatih Palmeiras, Abel Ferreira mengeluarkan bintang remaja Estevao Willian – satu langkah yang awalnya kelihatan pelik tetapi akhirnya membuahkan hasil.

Perlawanan memasuki minit ke-100 apabila Paulinho menyambut hantaran Richard Rios di sayap kanan, menyelinap masuk ke dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan leret ke penjuru gol.

Gol itu mencetuskan sorakan gemuruh dalam kalangan penyokong Palmeiras yang menguasai majoriti daripada 33,657 penonton di Lincoln Financial Field dan pasukan dari Sao Paulo itu mengekalkan kelebihan untuk memenangi aksi pusingan 16 terakhir meskipun kapten mereka, Gustavo Gomez dibuang padang pada lewat permainan.

“Saya amat gembira. Tuah saya berjaya mendapatkan gol itu,” kata Paulinho, bekas pemain Bayer Leverkusen, yang bergelut dengan kecederaan sejak menyertai Palmeiras awal tahun ini, kepada badan penyiar DAZN.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO


“Jurulatih banyak membantu saya menyesuaikan diri dalam pasukan pada masa yang sukar ini, kerana saya mengalami kecederaan serius yang masih mencetus kesakitan.

“Tiada masa untuk bersimpati dengan diri sendiri pada kejohanan ini. Anda perlu bertindak dan itulah yang saya lakukan.”

Juara Copa Libertadores 2020 dan 2021 itu kini akan kekal di Philadelphia bagi aksi suku akhir pada Jumaat depan menentang sama ada Benfica atau Chelsea.

Palmeiras dilihat lebih berbahaya sepanjang perlawanan antara dua pasukan teratas liga Brazil musim lalu itu, dengan hampir semua peluang memihak skuad berbaju hijau.

Botafogo dari Rio de Janeiro sebelum ini menewaskan Palmeiras untuk merangkul kejuaraan domestik dan turut memenangi Copa Libertadores buat kali pertama dalam sejarah mereka tahun lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Mereka kemudian kehilangan jurulatih dan beberapa pemain utama, namun masih mampu mengejutkan juara Eropah Paris Saint-Germain pada peringkat kumpulan Piala Dunia Kelab sebelum mara ke pusingan kalah mati.

Paulinho bawa Palmeiras ke suku akhir Piala Dunia Kelab


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker