Mayat lelaki disambar buaya ditemui
Mayat lelaki disambar buaya ditemui

KUCHING: Mayat lelaki yang disambar buaya ketika memancing di tebing sungai berhampiran Jalan Matang, di sini, malam tadi, ditemui tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Irwan Hafiz Mohd Radzi berkata, mayat mangsa, Jacob Tuan, 32, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 12.30 tengah hari.
“Mayat mangsa ditemui pasukan SAR pada jarak kira-kira 300 meter dari lokasi dia dikatakan disambar buaya itu.
“Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat dan ketika ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam tadi, mangsa dikatakan sedang memancing sebelum seekor buaya tiba-tiba muncul dan menyambarnya sebelum menarik mangsa ke dalam sungai.
Ahli keluarga mangsa yang menyaksikan kejadian itu memaklumkan ia berlaku dengan pantas dan tidak sempat memberikan bantuan.
Mereka kemudiannya terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.
Bomba yang menerima maklumat itu dari pihak polis mengarahkan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan BBP Batu Lintang ke lokasi.
Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sukar dilakukan malam tadi disebabkan jalan menuju ke lokasi kejadian melalui semak samun serta gelap.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Selepas perbincangan dengan pihak polis serta agensi lain yang berada di lokasi kejadian, operasi SAR ditangguhkan pada jam 12.30 tengah malam dan disambung semula pada jam 8 pagi ini sehingga mayat mangsa ditemukan pada jam 12.30 tengah hari
Operasi itu turut disertai anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Sarawak Forestry Corporation (SFC).
Mayat lelaki disambar buaya ditemui
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
You must be logged in to post a comment.