Harimau Malaya hantar skuad terbaik sertai Piala CAFA
Harimau Malaya hantar skuad terbaik sertai Piala CAFA

Kuala Lumpur: Harimau Malaya bakal keluar dari zon selesa apabila berlepas ke Asia Tengah bagi menyertai kejohanan Piala Negara-Negara Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) iaitu pentas penting yang bakal menguji kekuatan sebenar pasukan kebangsaan sebelum menghadapi Kelayakan Piala Asia 2027.
Skuad negara di bawah kendalian, Peter Cklamovski menyertai kejohanan itu sebagai pasukan jemputan bersama Oman, berentap dengan barisan gergasi rantau itu termasuk Iran (ranking 18 dunia), Uzbekistan (57), Kyrgyzstan (103), Tajikistan (104), Turkmenistan (142) dan Afghanistan (160).
Ia bukan sekadar jemputan suka-suka kerana CAFA kali ini bakal jadi ‘gelanggang gladiator’ buat Harimau Malaya, menentang pasukan yang sudah terbiasa bersaing di pentas tertinggi dunia, termasuk Iran dan Uzbekistan yang sah layak ke Piala Dunia 2026.
“Inilah cabaran sebenar. Untuk berkembang, kita mesti bertemu pasukan lebih baik dari kita,” kata Cklamovski sambil menegaskan betapa pentingnya pendedahan peringkat tinggi untuk skuad negara.
Kehadiran mereka meletakkan Malaysia dalam fasa evolusi baharu dan penyokong kini menanti sama ada Cklamovski akan mempertaruhkan barisan ‘legion asing warisan’ ini dalam CAFA sebagai skuad utama.
Dengan hanya beberapa bulan berbaki sebelum pusingan kelayakan Piala Asia bermula, CAFA menjadi platform penting untuk menguji taktikal, keserasian dan ketahanan mental pasukan di pentas antarabangsa sebenar.
Harimau Malaya sudah bangkit menumbangkan Vietnam tempoh hari dan kini masa untuk mengaum lebih kuat di Asia Tengah.
Ujian berikutnya di Kelayakan Piala Asia 2027 adalah menentang Laos dalam dua aksi di tempat sendiri dan gelanggang lawan.
Harimau Malaya hantar skuad terbaik sertai Piala CAFA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
You must be logged in to post a comment.