Cuba lepas tali pancing tersangkut, remaja lemas dihanyut arus sungai
Cuba lepas tali pancing tersangkut, remaja lemas dihanyut arus sungai

BESUT: Pelajar Tingkatan Empat yang lemas ketika memancing di Sungai Besut di Kampung Amer, dekat sini semalam, dikatakan cuba melepaskan tali pancingnya yang tersangkut dalam dalam semak di tepi tebing sungai.
Sebelum kejadian, Muhammad Amin Asyraf Zulkifli, 16, bersama abang serta dua rakan mereka ke sungai berkenaan kira-kira jam 5 petang.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 6.36 petang.
“Berdasarkan keterangan abang mangsa, semasa memancing, tali pancing mangsa tersangkut dalam dalam semak di tepi tebing seberang sungai. Mangsa kemudian dikatakan berenang untuk melepaskan tali pancing yang tersangkut, tetapi lemas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, abang mangsa cuba menyelamatkan adiknya, tetapi gagal dan pelajar itu hanyut dibawa arus sungai sebelum ditemui lemas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
“Pasukan penyelamat berjaya menemui mangsa yang tenggelam di dasar kira-kira jam 9.05 malam. Mayat kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat,” katanya.
Media semalam melaporkan Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba II Baharum Muhamad Hasim, berkata mayat ditemui 14 meter dari tebing pada kedalaman kira-kira lapan meter selepas tiga jam operasi dilancarkan.
Operasi mencari dan menyelamat disertai 41 anggota bomba, polis serta orang awam, tamat jam 10 malam tadi.
Cuba lepas tali pancing tersangkut, remaja lemas dihanyut arus sungai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
You must be logged in to post a comment.