Chelsea tempah tiket ke suku akhir Piala Dunia Kelab
Chelsea tempah tiket ke suku akhir Piala Dunia Kelab

Charlotte, Amerika Syarikat: Chelsea menewaskan Benfica 4-1 selepas masa tambahan pada aksi pusingan 16 terakhir yang terganggu kerana cuaca buruk, sekali gus mara ke suku akhir Piala Dunia Kelab sebentar tadi.
Christopher Nkunku, Pedro Neto dan Kiernan Dewsbury-Hall masing-masing menjaringkan gol pada masa tambahan untuk memacu kelab Liga Perdana Inggeris itu bagi pertemuan suku akhir menentang pasukan Brazil, Palmeiras.
Ledakan jaringan lewat Chelsea memastikan kemenangan pada perlawanan yang mengambil masa empat jam 39 minit untuk diselesaikan di Stadium Bank of America di Charlotte, Carolina Utara selepas gangguan cuaca hampir dua jam.
Terdahulu, Chelsea kelihatan sudah hampir memastikan kemenangan selepas Reece James meletakkan mereka di depan menerusi sepakan percuma yang mengelirukan benteng Benfica pada minit ke-64.
Namun ketika Chelsea mula memikirkan aksi suku akhir, ribut yang tiba di kawasan Charlotte mencetuskan protokol keselamatan tempatan yang memaksa permainan ditangguhkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Ia kali keenam perlawanan Piala Dunia Kelab terganggu akibat amaran cuaca.
Apabila permainan bersambung semula hampir dua jam kemudian, Benfica yang bersemangat meraih gol penyamaan pada masa kecederaan selepas pemain gantian Chelsea, Malo Gusto didapati memegang bola dalam kawasan penalti susulan semakan video bantuan pengadil (VAR).
Pemain veteran Argentina, Angel Di Maria dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Babak pertama masa tambahan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, sementara Benfica, yang beraksi dengan 10 pemain selepas Gianluca Prestianni dilayangkan kad kuning kedua pada penghujung masa sebenar, tetap cuba mencipta kejutan.
Bagaimanapun, Nkunku kembali meletakkan Chelsea di depan, apabila pemain antarabangsa Perancis itu merembat masuk bola dari jarak dekat selepas percubaan kencang Moises Caicedo melepasi penjaga gol Benfica, Antoliy Trubin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Ketika permainan semakin terbuka, Benfica semakin terdedah kepada serangan balas dan Chelsea tidak mensia-siakan peluang mereka.
Neto menambah gol ketiga dengan penyudah tenang selepas berjaya melepasi benteng pertahanan pada minit ke-114 dan tiga minit kemudian Dewsbury-Hall menyempurnakan kemenangan besar untuk memastikan Chelsea mara ke suku akhir.
Chelsea tempah tiket ke suku akhir Piala Dunia Kelab
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
You must be logged in to post a comment.