​Bekas kerani jualan tiket bas didakwa tak serah wang syarikat lebih RM100,000

Bekas kerani jualan tiket bas didakwa tak serah wang syarikat lebih RM100,000

Bekas kerani jualan tiket bas didakwa tak serah wang syarikat lebih RM100,000
Foto hiasan

KOTA BHARU: Seorang pembantu kedai didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 10 pertuduhan pecah amanah dengan tidak menyerahkan wang kepada syarikat berjumlah RM114,630.80, kira-kira 10 tahun lalu.

Bibi Kasiran Mohamad, 50, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Bagi pertuduhan pertama hingga ke-10, tertuduh sebagai kerani jualan tiket bas didakwa melakukan pecah amanah dengan tidak menyerahkan wang berjumlah RM114,630.80 kepada syarikat di kaunter tiket di Terminal Bas Lembah Sireh di sini, antara Januari sehingga Oktober 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 14 tahun serta sebatan dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri mencadangkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, Muhammad Khairul Azwan memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM15,000 memandangkan anak guamnya hanya bekerja sebagai pembantu kedai kuih manakala suaminya meninggal dunia tahun lalu.

“Anak guam saya hanya dibayar RM45 sehari, selain menjaga ibu bapa yang uzur serta tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

Bekas kerani jualan tiket bas didakwa tak serah wang syarikat lebih RM100,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker