Pelajar Tingkatan 5 maut langgar lori
Pelajar Tingkatan 5 maut langgar lori

KOTA BHARU: Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 30, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu (Simpang Tiga Banir Belikong) di Pasir Puteh, semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kemalangan itu kira-kira jam 3.15 petang.
“Kemalangan berlaku ketika mangsa, Nik Ikram Hakimi Nik Mohd Nuzaihan, 17, dalam perjalanan dari Selising menghala ke Pasir Puteh.
“Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba datang sebuah lori dipandu lelaki berusia 38 tahun dari arah Pasir Puteh yang hendak masuk ke simpang Banir Belikong. Mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang lori dan terjatuh di laluan bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Nik Ikram Hakimi meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera pada bahagian badan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Aliah Syafinah Ani Sarudin melalui talian 013-6706156 untuk membantu siasatan.
Pelajar Tingkatan 5 maut langgar lori
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
You must be logged in to post a comment.