Pelajar Kolej Vokasional Banting maut digilis lori

Pelajar Kolej Vokasional Banting maut digilis lori

Pelajar Kolej Vokasional Banting maut digilis lori
Kejadian berlaku ketika remaja 17 tahun dalam perjalanan pulang dari Telok Datok ke Banting. – Foto tular

KUALA LANGAT: Seorang pelajar Kolej Vokasional Banting maut sejurus motosikal ditunggang dirempuh lori di Kilometer 32 Jalan Klang-Banting-Port Dickson, dekat Jambatan Telok Datok, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, nahas membabitkan Yamaha 115Z dan lori jenis Nissan.

“Kejadian jam 5.10 petang itu berlaku ketika remaja lelaki berusia 17 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Telok Datok ke Banting dengan menunggang motosikal di lorong tengah.

“Siasatan mendapati mangsa disyaki hilang kawalan dan jatuh ke lorong kanan. Kemudian, lori tanpa muatan melanggar penunggang motosikal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Akmalrizal berkata, akibat kemalangan mangsa dan kenderaannya terperosok di bawah kenderaan berat terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO


Menurutnya, remaja lelaki itu digilis tayar belakang sebelah kanan yang mengakibatkan kecederaan parah pada kepalanya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Banting. Manakala pemandu lori berusia 50-an tidak cedera.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Nor Baiti Mustafa di talian 03-31872222 atau 014-5006072.

Pelajar Kolej Vokasional Banting maut digilis lori


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker