Kes bunuh pelajar universiti: 3 suspek direman 7 hari
Kes bunuh pelajar universiti: 3 suspek direman 7 hari

Sepang: Tiga suspek kes pembunuhan seorang pelajar universiti swasta di unit kondominiumnya di Cyberjaya, Selasa lalu direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 3 Julai ini.
Tiga suspek terdiri dari seorang lelaki dan dua perempuan yang bergari tiba di Mahkamah Sepang pada 8.30 pagi, dan dikawal oleh anggota polis.
Perintah reman dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Sepang, Azaraorani Abdul Rahman, bermula hari ini sehingga Khamis ini.
Ketiga-tiga suspek kemudiannya dibawa keluar dari kawasan mahkamah pada 9.45 pagi.
Media Selasa lalu melaporkan, mangsa berusia 20 tahun ditemukan maut di unit kondominiumnya di Cyberjaya oleh seorang rakan kira-kira 10 pagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Mangsa yang juga pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi dilaporkan tinggal seorang diri selepas lima rakan serumahnya pulang bercuti sejak 21 Jun lalu.
Terdahulu, Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, suspek ditahan terdiri daripada seorang lelaki serta dua wanita berusia dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
Kes bunuh pelajar universiti: 3 suspek direman 7 hari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
You must be logged in to post a comment.