Kes bunuh pelajar di Cyberjaya cetus kemarahan warganet

Kes bunuh pelajar di Cyberjaya cetus kemarahan warganet

Kes bunuh pelajar di Cyberjaya cetus kemarahan warganet
Laporan BH Online pagi tadi

KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan seorang pelajar universiti di Cyberjaya mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial, dengan majoriti warganet mempersoalkan tahap keselamatan yang lemah di asrama mangsa.

Pengguna media sosial juga mengecam tahap akauntabiliti pihak bertanggungjawab sehingga mengakibatkan insiden malang itu berlaku.

Seorang pengguna media sosial di platform X dikenali sebagai @Heaymaaa mahu tahap keselamatan di asrama universiti ditingkatkan.

“Mangsa dilaporkan dibunuh di dalam asrama universitinya sendiri, satu-satunya tempat yang sepatutnya menjamin keselamatannya.

“Berapa ramai lagi perlu menjadi mangsa sebelum ada yang ambil peduli?” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO


Selasa lalu, seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi berusia 20 tahun ditemui maut di asrama kediamannya di Mutiara Ville.

Polis mengesahkan mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala akibat hentakan objek tumpul.

Namun tiada kesan pecah masuk ditemui.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Pada masa sama, warganet turut mendakwa kondominium tempat mangsa menetap, iaitu di Mutiara Ville, sebagai lokasi yang tidak selamat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


“Tempat itu dijadikan asrama, sebagai cara murah universiti untuk kaut keuntungan daripada pelajar. Tempat itu macam terbiar, cuma ada air dan elektrik, itu saja,” kata @aeiman_r.

Pemilik akaun X, @adryantjs pula mendakwa kondominium itu antara tempat paling seram di Cyberjaya.

“Saya pernah ke sana sekali, memang antara tempat paling seram di Cyberjaya. Gelap, tiada kamera CCTV, pengawal pun hampir tiada, macam set filem seram,” katanya.

Seorang lagi pengguna media sosial mengkritik kawalan keselamatan bangunan yang longgar.

“Akses ke asrama lemah. Kad akses cuma untuk pintu masuk utama, tempat letak kereta dan lif. Kalau berjalan kaki, senang hendak menyusup masuk. Ada laluan masuk yang langsung tak dipantau. Tiada kad untuk lif? Guna tangga saja,” dakwa @peulreiiii.

Ada juga yang menyatakan masalah keselamatan itu bukan terhad kepada satu bangunan sahaja.

“Kepada yang menetap di Cyberjaya, tolong jaga diri. Ini bukan kali pertama pelajar, terutama pelajar wanita, jadi mangsa serangan. Kawasan itu gelap, sunyi dan bahaya untuk berjalan seorang diri,” menurut @tengu1st.

“Menakutkan… sampai hendak belajarpun sudah tidak rasa selamat,” tambah @obviouslyherr.

Hakikat bahawa kejadian tragis itu berlaku di kediaman rasmi universiti menambahkan lagi kemarahan orang ramai.

“Salam takziah. Dia datang dari Kuching untuk kejar impian. Mereka gagal lindungi mangsa bukan di rumah sewa persendirian, tapi dalam asrama kolej sendiri,” kata @balraj2610.

Warganet turut menuntut keadilan buat mangsa dengan mahu suspek dihukum gantung.

“Bila pembunuh sudah ditangkap, terus hukum gantung. Tak perlu bela panjang-panjang,” kata @shun666dmn.

“Semoga rohnya tenang. Harap pembunuh cepat diberkas dan dihukum setimpal,” menurut @FrancisHulter.

Kes bunuh pelajar di Cyberjaya cetus kemarahan warganet


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker