Dua maut, dua parah dipercayai berlumba motosikal di SKVE

Dua maut, dua parah dipercayai berlumba motosikal di SKVE

Dua maut, dua parah dipercayai berlumba motosikal di SKVE
Tangkap layar video tular yang memaparkan keadaan mangsa selepas kejadian kemalangan itu. – Foto tular

SHAH ALAM: Dua penunggang motosikal termasuk seorang remaja maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan di Kilometer 51.1 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menuju Pulau Carey, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa, berkata kejadian kira-kira jam 11 malam itu berlaku dari arah Laguna Park, Pulau Indah di Klang menuju ke Pulau Carey iaitu sebelum tol Pulau Indah.

“Kesemua motosikal yang terbabit datang dari arah Laguna Park, Pulau Indah dan dipercayai ditunggang secara laju serta bersaing antara satu sama lain.

“Dua daripada motosikal itu bergesel sesama sendiri dan terjatuh di jalan raya sebelum dirempuh dua lagi motosikal dari belakang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ramli berkata, penunggang motosikal berusia 15 dan 25 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi berumur 24 dan 15 tahun dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Khairul Nizam Abdul Talib menerusi talian 03-33722222.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa video selepas kejadian yang memaparkan keadaan mangsa yang maut dalam keadaan mengerikan dengan keadaan motosikal yang sebahagiannya berselerak di jalan raya.

Dua maut, dua parah dipercayai berlumba motosikal di SKVE

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker