Peluang Messi lepas geram lawan PSG

Peluang Messi lepas geram lawan PSG

Peluang Messi lepas geram lawan PSG
TIGA pemain Palmeiras cuba menyekat kemaraan Messi dalam perlawanan di Stadium Hard Rock, kelmarin. FOTO AFP

Miami: Jurulatih Inter Miami, Javier Mascherano, percaya perlawanan menentang Paris St-Germain pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia Kelab Ahad ini adalah peluang terbaik untuk Lionel Messi ‘melepaskan geram’.

Menurut Mascherano, Messi sering menyerlah apabila dia mempunyai sesuatu untuk dibuktikan.

Messi yang menyertai PSG pada 2021 selepas meninggalkan Barcelona, menghabiskan dua musim di Perancis dan memenangi dua gelaran Ligue 1, namun gagal merangkul trofi Liga Juara-Juara.

Tempohnya di kelab itu turut dicemari hubungan yang tegang dengan penyokong, dan Messi kemudian mengakui dia tidak bahagia ketika berada di Paris.

“Dia salah seorang pemain yang apabila ada sesuatu mengganggu fikirannya, dia akan memberikan lebih daripada biasa.”

Mascherano merupakan sebahagian daripada skuad Barcelona dalam kemenangan epik 6-1 ke atas PSG pada pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara 2017, ketika pasukan Catalan itu yang tewas 0-4 di Paris pada aksi pertama dikendalikan jurulatih PSG ketika ini, Luis Enrique.

Beberapa pemain Inter Miami turut terlibat dalam perlawanan bersejarah itu, termasuk Jordi Alba yang berada di bangku simpanan, manakala Messi, Luis Suarez dan Sergio Busquets dalam kesebelasan utama.

Mengulas pertemuan semula dengan Luis Enrique, Mascherano berkata: “Luis Enrique sahabat saya, selain pernah menjadi jurulatih saya selama tiga tahun. Kami mempunyai hubungan yang sangat baik. Ia akan menjadi satu penghormatan untuk berdepan salah seorang jurulatih terbaik dalam karier saya.”

Peluang Messi lepas geram lawan PSG

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker