Pegawai kewangan rugi RM4.17 juta terpedaya skim pelaburan palsu di FB
Pegawai kewangan rugi RM4.17 juta terpedaya skim pelaburan palsu di FB

GEORGETOWN: Pegawai kewangan sebuah syarikat perkhidmatan perundingan di Pulau Pinang kerugian RM4.17 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, laporan dibuat wanita berusia 60 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini, semalam.
Menurut laporan itu, mangsa mendakwa ditipu selepas tertarik iklan pelaburan saham di Facebook yang memaparkan pautan berkaitan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.
“Mangsa berhubung dengan seorang wanita menerusi aplikasi WhatsApp sebelum dimasukkan ke kumpulan sembang dikenali ‘Kumpulan Analisis Kewangan Saham Malaysia’.
“Terpengaruh janji berkenaan, mangsa diminta memuat turun aplikasi menerusi pautan diberi untuk mendaftar keahlian dan memulakan pelaburan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Hamzah berkata, mangsa melakukan 76 transaksi pindahan wang ke lapan akaun bank milik syarikat berbeza antara 10 Mac hingga 13 Jun lalu dengan keseluruhan kerugian direkodkan RM4,171,000.
Mangsa hanya menyedari ditipu selepas gagal membuat pengeluaran keuntungan, malah diminta membuat bayaran tambahan bagi proses pengeluaran.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Pegawai kewangan rugi RM4.17 juta terpedaya skim pelaburan palsu di FB
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
You must be logged in to post a comment.