Nelayan pantai dikhuatiri hilang di laut

Nelayan pantai dikhuatiri hilang di laut

Nelayan pantai dikhuatiri hilang di laut
Operasi mencari nelayan hilang, Mohd Noor Abdullah (Foto kecil). – Foto ihsan Maritim Malaysia

KUALA TERENGGANU: Seorang nelayan pantai dikhuatiri hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar ke laut sejak petang semalam.

Mohd Noor Abdullah, 54, dikatakan keluar menangkap ikan seorang diri dari jeti Tok Jembal di Kuala Nerus kira-kira jam 2 petang semalam dengan menaiki bot gentian kaca.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu susulan laporan polis dibuat keluarga jam 12.55 tengah hari.

 

“Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) diaktifkan kira-kira sejam kemudian dengan mengatur gerakkan Bot PENGGALANG 45 milik Maritim Malaysia.

“Tumpuan pencarian sekitar Pulau Bidong dan Pulau Yu, di Setiu berdasarkan maklumat laluan dan kebiasaan mangsa ketika turun ke laut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO


“Operasi SAR turut membabitkan penglibatan komuniti nelayan tempatan,” katanya.

Usaha pencarian dihentikan sementara dan akan disambung esok pagi memandangkan cuaca semakin gelap.

Nelayan pantai dikhuatiri hilang di laut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker