Neelofa Akui Pernah Gagal Belajar Bahasa Arab
Kini Terkejut Mampu Hafal 10 Bab
Neelofa Akui Pernah Gagal Belajar Bahasa Arab
Terkejut dengan pencapaiannya sendiri, selebriti Neelofa meluahkan rasa syukur apabila berjaya menguasai sehingga 10 topik dalam pembelajaran bahasa Arab, sesuatu yang selama ini hanya menjadi impian sejak sekian lama. Dalam nada penuh rendah hati, Neelofa mengakui masih panjang perjalanan yang perlu ditempuh, namun tidak menyangka mampu melangkah sejauh itu setelah berkali-kali terkandas sebelum ini.
Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 36, segala kejayaan kecil ini adalah hasil daripada doa yang tidak pernah putus, meskipun harapan pada awalnya sangat nipis. Menerusi satu hantaran di Instagram, isteri kepada pendakwah selebriti PU Riz itu menzahirkan harapan agar Allah terus melapangkan dadanya dan meminjamkan kefahaman untuk menguasai bahasa al-Quran.
“Sekarang dah bab 10 buku satu, panjang lagi perjalanan, cuma macam tak percaya boleh sampai di sini. Moga Allah lapangkan dada, pancarkan cahaya ilmu dan bagi kefahaman untuk kuasai ilmu bahasa ini. Semua milik Allah,” tulisnya.
Neelofa berkongsi bahawa sebelum ini dia sudah beberapa kali mencuba untuk belajar bahasa Arab, namun sering kali terkandas di pertengahan jalan. Cabaran dari segi kekangan masa, kesukaran memahami struktur bahasa dan mentaliti sendiri menyebabkan usahanya selalu terhenti. Namun dalam diam, dia terus memanjatkan doa, terutamanya pada malam-malam mustajab, memohon agar hatinya diberi kekuatan untuk memahami dan mencintai bahasa yang menjadi kunci kepada isi kandungan al-Quran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
“Macam mimpi jadi kenyataan. Dari dulu selalu doa nak kuasai bahasa Arab untuk faham al-Quran, nak baca al-Quran macam baca buku cerita. Nak belajar banyak hadis dan boleh bercakap kalau di Tanah Suci tapi tak tahu macam mana nak buat. Dah cuba banyak kali ambil kelas namun separuh jalan sebab susah, mindset dan sibuk,” kongsinya jujur.
Pengalaman Neelofa yang mengejutkan dunia hiburan dengan keputusan berhijrah dan meninggalkan dunia glamor untuk mengejar reda Allah pernah menjadi bualan hangat satu masa dahulu. Kini, sebagai seorang ibu dan isteri, dia tidak lagi mengejar perhatian dunia tetapi lebih mendambakan kecantikan sebenar dalam bentuk iman dan ilmu.
Dalam dunia yang terus bergerak pantas dan menuntut kesempurnaan luaran, kisah Neelofa membuktikan bahawa perubahan dalaman yang tulus dari hati mampu membuka jalan yang tidak pernah dijangka. Apa yang suatu ketika dianggap mustahil, hari ini menjadi bukti bahawa keikhlasan dan doa yang berterusan adalah kunci kepada perubahan sebenar.
Neelofa Akui Pernah Gagal Belajar Bahasa Arab
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
You must be logged in to post a comment.