Guru rugi lebih RM10,000 ditipu visa haji

Guru rugi lebih RM10,000 ditipu visa haji

Guru rugi lebih RM10,000 ditipu visa haji
Foto hiasan.

TAWAU: Hasrat seorang guru untuk menunaikan ibadah haji musnah apabila mendakwa menjadi mangsa penipuan oleh sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej haji, tahun lalu.

Enggan lebih ramai menjadi mangsa, Sapariah Mohamad, 44, bagaimanapun bertindak memfailkan tuntutan terhadap syarikat berkenaan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Sabah pada 14 Mei lalu.

Mangsa mendakwa membayar penuh untuk pakej visa petugas haji dan visa tasreh, namun hanya diberikan visa pelancong, sekali gus menghalangnya daripada menunaikan ibadah haji secara sah mengikut syarat ketat kerajaan Arab Saudi.

Dalam pernyataan tuntutan, wanita itu menyatakan beliau dijanjikan visa sah sebagai petugas haji, namun hanya menerima visa pelancong sehari sebelum berlepas dari Tawau.

Malah, katanya, pihak syarikat terbabit mengarahkan supaya berbohong kepada pegawai Imigresen dan kakitangan kaunter penerbangan di KLIA, serta semasa ketibaan di Riyadh mengenai tujuan sebenar ke Arab Saudi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO


Menyedari situasi sebenar dan risiko yang mungkin timbul, mangsa membuat keputusan untuk membatalkan perjalanan namun hanya sebahagian daripada wang pembayaran dipulangkan menyebabkan mangsa menanggung kerugian melebihi RM10,000.

Sementara itu, Presiden TTPM Sabah, Larina Wong Shiao Yee, pada sesi pendengaran tribunal di sini, hari ini menetapkan 24 Julai depan sebagai tarikh pendengaran semula kes.

Pada sesi pendengaran hari ini, kedua-dua pihak hadir dengan syarikat berkenaan.

 

Guru rugi lebih RM10,000 ditipu visa haji

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker