3 tong bahan kimia tumpah, susur masuk plaza tol Ayer Hitam ditutup
3 tong bahan kimia tumpah, susur masuk plaza tol Ayer Hitam ditutup
BATU PAHAT: Laluan susur masuk ke plaza tol Ayer Hitam, di sini ditutup kepada semua kenderaan susulan tumpahan bahan kimia berbahaya dan mudah hakis petang tadi.
Kejadian berlaku jam 6 petang apabila tiga daripada 15 tong berisi bahan itu yang dimuatkan dalam sebuah treler itu terjatuh berhampiran plaza tol terbabit.
PLUS Malaysia melalui kenyataan memberitahu, susulan kejadian itu pihak sudah menghubungi Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat).
“Terdapat tiga tong bahan kimia terjatuh, 12 lagi masih berada atas lori.
“Plaza tol dan persimpangan Ayer Hitam dari kedua-dua arah tutup sementara atas faktor keselamatan oleh pihak bomba. Sila guna laluan alternatif,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Dalam pada itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat digerakkan ke lokasi bagi memberi bantuan kawalan lalu lintas di lampu isyarat plaza tol Ayer Hitam.
Difahamkan, inisiatif penutupan sepenuhnya diambil bagi susur masuk ke plaza tol dengan tindakan awal dari anggota Balai Polis Ayer Hitam.
Ia bertujuan memberi laluan bagi kerja pembersihan dan pengalihan bahan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ayer Hitam dan Unit Hazmat Bomba dari Johor Bahru.
Bagi mereka masuk memasuki lebuh raya disaran menggunakan plaza tol Yong Peng atau Machap.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
3 tong bahan kimia tumpah, susur masuk plaza tol Ayer Hitam ditutup
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
You must be logged in to post a comment.