Tiga kelab Liga Super uji B-23 negara

Tiga kelab Liga Super uji B-23 negara

Tiga kelab Liga Super uji B-23 negara
PEMAIN B-23 bersaing dalam aksi ‘Elite Games’ malam tadi. FOTO FB FAM

Kuala Lumpur: Tiga kelab dalam saingan Liga Super bakal menguji keupayaan skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan dalam tiga aksi persahabatan sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Piala Asean B-23 2025 di Jakarta, dari 15 hingga 29 Julai depan.

Ketua jurulatih skuad Harimau Muda, Mohd Nafuzi Zain berkata perlawanan itu sebahagian daripada perancangan awal menjelang pengumuman 30 pemain esok yang akan dipanggil ke kem latihan pusat bermula 1 hingga 12 Julai ini.

“Kita akan kekal menjalani latihan dalam negara sahaja. Aksi persahabatan sedang dalam proses penilaian dan kelab terlibat juga telah saya pilih sendiri,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan ‘Elite Games’ di sini, malam ini.

Projek ‘Elite Games’ inisiatif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mencungkil bakat muda untuk memperkukuh skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

Skuad negara akan membuka kempen menentang Filipina pada 15 Julai, diikuti Brunei (18 Julai), sebelum menutup aksi peringkat kumpulan bertemu Indonesia pada 21 Julai.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir yang dijadual berlangsung pada 25 Julai, manakala aksi penentuan tempat ketiga dan final akan diadakan pada 29 Julai.

Tiga kelab Liga Super uji B-23 negara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker