Terima Pingat Diraja, – Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen

“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

Terima Pingat Diraja, – Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen

Terima Pingat Diraja, - Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen

Pelakon berkaliber tanah air, Rita Rudaini Mokhtar, 49, menerima satu lagi pengiktirafan besar dalam hidupnya apabila dikurniakan Pingat Jasa Baik (PJB) oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sempena ulang tahun keputeraan ke-82 baginda. Dalam majlis penuh istiadat yang berlangsung di Istana Arau semalam, Rita tampil anggun menerima darjah kebesaran negeri Perlis sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangannya dalam dunia lakonan dan kerja-kerja kebajikan yang dijalankannya sepanjang hampir tiga dekad bergiat dalam industri seni tanah air.

Bagi Rita, anugerah ini bukan sahaja menambah semangatnya untuk terus aktif dalam dunia lakonan, malah menguatkan tekadnya untuk terus berpegang kepada integriti dalam setiap kerja seni yang dilakukan. Katanya, beliau mahu anugerah ini menjadi pencetus inspirasi buat penggiat seni lain agar tidak mudah menyerah kalah, sebaliknya terus berkarya dengan penuh dedikasi dan menjaga maruah insan seni yang kadangkala dilihat remeh oleh sesetengah pihak.Terima Pingat Diraja,


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO


Terima Pingat Diraja, - Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen

 

Dalam pada itu, Rita turut berterima kasih kepada kerajaan negeri Perlis, khususnya barisan Exco yang terlibat dalam penganugerahan itu. Beliau juga menyatakan keterujaan untuk menjalin lebih banyak kerjasama dalam aktiviti kemasyarakatan bersama kerajaan negeri pada masa akan datang. Tidak dilupakan juga, Rita merakamkan penghargaan buat semua pihak yang menyokong kariernya selama ini termasuk penerbit, pengarah dan mereka yang tidak pernah jemu memberi ruang dan peluang buatnya di kaca televisyen mahupun layar perak.

Tak Pernah Rasa Kehadiran Bapa Di Sisi, Anak-Anak Rita Rudaini Akui Tak Pernah Terasa Suram

Terima Pingat Diraja, - Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen

 

Berkat kesungguhan, prinsip yang teguh dan keikhlasan dalam setiap langkah seni yang diambil, Rita Rudaini membuktikan bahawa insan seni juga layak dihormati dan diiktiraf apabila nilai kerja mereka dilihat dari kaca mata yang adil dan telus.

Terima Pingat Diraja, – Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker