Pemain Kedah akan dibayar gaji setiap awal bulan- Daud Bakar
Pemain Kedah akan dibayar gaji setiap awal bulan- Daud Bakar

Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mahu membuka lembaran baharu pada saingan Liga Semi Pro A1 musim ini dengan merancang sistem pembayaran gaji pada setiap awal bulan sekali gus mengelak isu kelewatan gaji berulang.
Perkara itu dimaklumkan pemilik pasukan, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang sedang berusaha membentuk pasukan ke arah lebih cekap dan sistematik.
“Komitmen baharu saya dan pengurusan kini adalah memastikan pasukan memiliki dana yang mencukupi dan kami mahu mengambil pendekatan yang baharu dengan membuat pembayaran gaji diawal setiap bulan dan bukan dihujung bulan.
“Untuk musim baharu ini, saya sudah berbincang dengan Pengurus Besar KDA Mohamad Faidhi untuk melaksanakan pembayaran gaji sebelum mereka bekerja pada setiap awal bulan bagi mengelak apa yang terjadi seperti musim lepas apabila pemain terpaksa ‘bertarung’ setiap bulan disebabkan gaji tertangguh.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Mohd Daud juga berkata pihaknya kini sedang berusaha menyelesaikan masalah teknikal berkaitan ‘Transfer Ban’ yang dikenakan ke atas skuad Sang Kenari ekoran isu tunggakan gaji yang dialami kelab berkenaan pada musim lalu.
“Selepas kami selesaikan masalah teknikal itu, kami merancang membawa beberapa pemain muka baharu dan juga dua ke tiga orang pemain import antaranya dari Brazil dan Nigeria bersama pasukan di mana mereka sudahpun hadir di Kedah dan bakal menjalani ujian pemilihan pada Rabu ini.
“KDA FC juga sudah memiliki 20 senarai pemain yang sudah berdaftar bersama pasukan yang terdiri daripada pemain muda skuad Piala Presiden dan Piala Belia dan kami kini mahu memberi fokus mendapatkan tujuh ke lapan pemain berpengalaman bagi melengkapkan pasukan,” katanya.
Pemain Kedah akan dibayar gaji setiap awal bulan- Daud Bakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
You must be logged in to post a comment.