Misi besar Baqiuddin bersama TFC
Misi besar Baqiuddin bersama TFC

Kuala Terengganu: Pemain berkaliber yang membarisi skuad Terengganu FC (TFC) pada musim ini antara faktor Baqiuddin Shamsudin memilih skuad Penyu itu sebagai destinasinya dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) 2025/2026.
Tambah bekas pemain Sri Pahang FC itu, penyokong yang fanatik juga antara sebab utama dia memilih untuk beraksi dengan skuad kendalian Badrul Afzan Razali itu dalam meneruskan kariernya.
“Sebelum menandatangani perjanjian dengan pengurusan TFC pada musim ini, terlebih dahulu saya bertanya dengan beberapa bekas pemain skuad itu termasuk Malik Mat Arif dan Hasnan Ahmad mengenai pasukan itu.
“Tambahan pula pasukan ini mempunyai ramai pemain berkaliber termasuk Akhyar Rashid selain peminatnya antara yang fanatik ketika menyokong dalam saingan Liga M.
“Selain itu skuad TFC ini juga ada sejarahnya yang tersendiri dalam kancah Liga M, jadi faktor itu semua adalah dorongan kuat buat saya untuk memilih pasukan ini selepas Sri Pahang FC tidak beraksi pada musim ini,” ujarnya ketika dihubungi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Ketika ditanya impiannya bersama TFC, pemain sayap berusia 30 tahun itu tekad untuk meletakkan pasukan itu di kedudukan yang lebih baik berbanding musim sebelum ini.
“Setiap pemain pastinya ada impian masing-masing, begitu juga dengan saya yang bertekad untuk membantu meningkatkan lagi prestasi pasukan selain mengintai sekurang-kurangnya satu piala biarpun atas kertas ianya tanpak berliku.
“Tapi saya perlu terlebih dahulu berusaha bersungguh-sungguh untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan kerana posisi sayap yang menjadi kegemaran terdiri daripada pemain yang bagus dan berkualiti.
“Tapi perkara ini adalah perkembangan yang sihat dalam pasukan biarpun sebelum ini dua lagi pasukan iaitu Penang FC dan Imigresin FC turut menawarkan kontrak kepada saya,” kata pemain kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu yang diikat semusim oleh TFC.
Misi besar Baqiuddin bersama TFC
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
You must be logged in to post a comment.