Juruterbang wanita rugi hampir RM200,000 penipuan pakej haji

Juruterbang wanita rugi hampir RM200,000 penipuan pakej haji

Juruterbang wanita rugi hampir RM200,000 penipuan pakej haji

NILAI: Hasrat seorang juruterbang wanita untuk menunaikan ibadah haji terbantut apabila mendakwa diperdaya sebuah agensi pelancongan umrah sehingga kerugian hampir RM200,000.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, berkata mangsa menyedari diri ditipu selepas mendapati agensi itu sudah tidak beroperasi pada Mac lalu.

“Kira-kira jam 11.30 pagi tadi (semalam), kaunter aduan Balai Polis Nilai menerima satu aduan daripada seorang wanita warga tempatan berusia pertengahan 30-an mengenai kejadian itu.

“Mangsa dikatakan berurusan dengan seorang individu daripada sebuah agensi pelancongan umrah yang menawarkan pakej haji, bermula 14 Januari lalu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

“Mangsa mendakwa sudah membuat beberapa pindahan wang berjumlah RM194,970 ke dalam akaun agensi itu sebagai pembayaran penuh pakej haji yang ditawarkan.

“Bagaimanapun pada 15 Mac lalu, pengadu menyedari ditipu selepas mendapati agensi pelancongan itu sudah tidak beroperasi dan pengadu tidak dapat mengerjakan ibadah haji yang dijanjikan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Nilai membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan usaha sedang dilakukan untuk mengesan suspek

Juruterbang wanita rugi hampir RM200,000 penipuan pakej haji


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker