JPJ selesai audit 50 syarikat pengangkutan awam dan perdagangan berisiko tinggi
JPJ selesai audit 50 syarikat pengangkutan awam dan perdagangan berisiko tinggi

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan 50 syarikat pengendali Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) dan Kenderaan Perdagangan Barangan (KPB) yang berisiko tinggi selesai menjalani audit semalam.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata ia sebahagian daripada 500 syarikat yang dikenal pasti pihaknya untuk menjalani proses audit melalui penguatkuasaan Op Khas ‘JPJ Inspection and Safety Audit’ (JISA) di seluruh negara.
“Saya bagi tempoh kepada pasukan saya selama sebulan untuk selesaikan 500 syarikat ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sebelum ini, JPJ dilapor akan melaksanakan audit terhadap 500 syarikat pengendali KPA dan KPB yang berisiko tinggi yang dikenal pasti mempunyai saman tertunggak menerusi senarai JPJ dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Fokus utama operasi khas untuk menilai tahap pematuhan syarikat terhadap aspek keselamatan, penyelenggaraan kenderaan, pengurusan pemandu serta rekod pematuhan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan peraturan berkaitan.
Penguatkuasaan Op Khas JISA membabitkan pelaksanaan Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan yang memfokuskan kepada pematuhan kepada kod tata amalan industri (ICOP) berkenaan keselamatan dalam industri pengangkutan.
Tambah Aedy Fadly, tempoh proses untuk setiap audit dijalankan bergantung keadaan sebenar serta dokumen yang perlu disediakan oleh setiap syarikat.
“Proses audit itu bergantung kepada keadaan termasuk semakan ke atas dokumentasi yang perlu disediakan oleh syarikat-syarikat tersebut,” katanya.
Beliau berkata, berkata proses audit dibuat susulan nahas bas mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik pada 9 Jun lalu, selain beberapa kejadian kemalangan membabitkan kenderaan berat yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Berdasarkan statistik, katanya pihaknya mengenal pasti kategori syarikat pengendali yang berisiko tinggi iaitu membabitkan 300 lori, 100 bas persiaran dan 100 bas ekspres.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli. – NSTP
JPJ selesai audit 50 syarikat pengangkutan awam dan perdagangan berisiko tinggi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
You must be logged in to post a comment.