Gagal potong di garisan berkembar, pemandu maut kereta bertembung treler

Gagal potong di garisan berkembar, pemandu maut kereta bertembung treler

Gagal potong di garisan berkembar, pemandu maut kereta bertembung treler
Tong gas jatuh berselerakan di atas jalan raya akibat kemalangan di KM13, Jalan Lukut-Sepang, hari ini. – NSTP/Mohd Khidir Zakaria

PORT DICKSON: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya gagal memotong di garisan berkembar lalu bertembung sebuah treler sarat dengan muatan lebih 900 tong gas dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 13, Jalan Lukut-Sepang, hari ini.

Dalam nahas kira-kira jam 3.30 petang tadi, mangsa berusia 51 tahun yang memandu kereta jenis Proton Wira itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin, berkata insiden membabitkan kenderaan mangsa, treler dan sebuah lagi kereta jenis Proton Saga itu turut menyebabkan trafik sesak hampir tiga jam.

Gagal potong di garisan berkembar, pemandu maut kereta bertembung treler
Keadaan Proton Wira yang terbabit kemalangan maut di KM13, Jalan Lukut-Sepang, hari ini. – Foto ihsan polis

Beliau berkata, ia berikutan tong gas yang dibawa treler itu jatuh berselerakan di atas jalan raya akibat kemalangan berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Wira itu cuba memotong sebuah lagi kenderaan lain di garisan berkembar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO


“Namun, Proton Wira itu dipercayai tidak sempat memotong lalu bertembung sebuah treler dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Maslan berkata, treler itu dikatakan cuba mengelak ke bahu jalan tetapi perlanggaran tetap berlaku.

“Akibatnya, treler itu terbalik dan muatan tong gas yang dibawa jatuh ke atas jalan raya, termasuk mengenai sebuah Proton Saga.

“Kemalangan itu menyebabkan pemandu Proton Wira terbabit maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan kaki.

“Lelaki berusia 44 tahun yang memandu treler itu pula cedera ringan di kepala dan siku kiri, manakala lelaki berumur 35 tahun yang memandu Proton Saga dilaporkan tiada mengalami sebarang kecederaan,” katanya.



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Maslan berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat yang dijadualkan pada jam 10 pagi esok.

Gagal potong di garisan berkembar, pemandu maut kereta bertembung treler

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker