Fattah Amin Jawab Dakwaan Cepat ‘Move On’ [VIDEO]

‘Setiap Orang Melalui Fasa Kehidupan Berbeza’

Fattah Amin Jawab Dakwaan Cepat ‘Move On’ [VIDEO]

Fattah Amin Jawab Dakwaan Cepat ‘Move On’ [VIDEO]

Pelakon Fattah Amin menjawab dakwaan yang mengatakan dirinya cepat ‘move on’ selepas bercerai dengan aktres Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.

‘Semua yang terjadi ada hikmah’

Fattah Amin Jawab Dakwaan Cepat ‘Move On’ [VIDEO]

Menurut Fattah, tidak salah sekiranya seseorang itu cepat melupakan kisah silam dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Kata Fattah, 35, dia percaya setiap perjalanan sudah ditetapkan oleh Allah SWT.

Semua yang terjadi ada hikmah dan jodoh saya pun dah ditetapkan sekali.

Apa yang saya lalui ini adalah takdir dan jalan yang Allah tetapkan.

Jadi saya ‘move on’ atau saya dapat jodoh cepat atau lambat, saya serah pada Allah. Itu saja.

Tambah pelakon drama Keluarga Itu, tidak adil untuk menyamakan cara setiap individu ‘move on’ kerana masing-masing menempuh perjalanan hidup yang berbeza.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO

Kena tanya balik mereka ‘move on’ dari segi apa? Kalau hal perceraian itu bagi saya bergantung kepada individu.

Kita tak boleh menyamakan cara setiap orang ‘move on’ itu sama, sebab setiap orang melalui fasa kehidupan berlainan.

Mungkin ada sebab mereka cepat melupakan, kena tanya dia balik. Ada pula yang lambat, bagi saya cepat atau lambat terpulang pada individu.

Sama juga seperti jodoh, ada yang datang cepat dan ada jodoh yang lambat.

Fattah berkata demikian ketika ditemui di majlis pelantikkannya sebagai duta produk minuman tenaga Orang Kampung (OK) pada petang Selasa.

Fattah dilantik jadi duta

Fattah Amin Jawab Dakwaan Cepat ‘Move On’ [VIDEO]

Dalam pada itu, mengulas pelantikannya selaku duta minuman tenaga Orang Kampung, Fattah teruja apabila dapat menjadi sebahagian daripada jenama yang sudah lama bertapak di pasaran dan cukup dikenali dengan penggunaaan bahan semula jadi.

Produk Orang Kampung bukan baru di pasaran. Sejak kecil saya sudah nampak ibu bapa saya merupakan pengguna tegar. Saya tak pernah terbayang satu hari nanti saya dapat bersama dengan jenama ini.

Malah, produk ini juga sesuai dengan gaya hidup saya sebagai pelakon yang menjalani penggambaran dalam tempoh yang panjang.

Produk ini juga menggunakan bahan semula jadi. Jadi saya sendiri berani nak mencuba.

Terdahulu, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan mereka kemudiannya sah bercerai pada 7 Oktober lalu.

Video

@ohbulanofficial

Menurut Fattah, tidak salah sekiranya seseorang itu cepat melupakan kisah silam dan meneruskan kehidupan seperti biasa. #ohbulan #fyp #news #fattahamin #jawab #dakwaan #cepat #moveon

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Fattah Amin Jawab Dakwaan Cepat ‘Move On’ [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker