Buruh warga asing ditahan bersama dadah RM80,000
Buruh warga asing ditahan bersama dadah RM80,000

KUALA LUMPUR: Seorang buruh warga asing ditahan bersama dadah jenis methamphetamine seberat 20.85 kilogram dianggarkan bernilai RM80,000, di kawasan sebuah pusat beli-belah di Taman Melawati, Ampang, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan ketika sedang berjalan di kawasan berkenaan sekitar jam 12.35 tengah hari.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap beg dibawa lelaki itu menemukan 20 peket plastik lut sinar berisi dadah berkenaan.
“Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu menetap di negara ini sejak kira-kira 10 tahun. Keputusan saringan air kencing pula mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine serta amphetamine.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
“Bagaimanapun, dia tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata, dadah dirampas itu mampu menampung keperluan kira-kira 20,850 penagih di kawasan Lembah Klang.
Lelaki itu direman hingga Ahad ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Buruh warga asing ditahan bersama dadah RM80,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
You must be logged in to post a comment.