United sedia bayar lebih RM346 juta tandatangani Mbeumo

United sedia bayar lebih RM346 juta tandatangani Mbeumo

United sedia bayar lebih RM346 juta tandatangani Mbeumo
MBEUMO menembusi gawang Manchester United yang dikawal David de Gea dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada 13 Ogos 2022. FOTO AFP

London: Manchester United kembali mengemukakan tawaran baharu kepada Brentford bagi mendapatkan pemain sayap, Bryan Mbeumo, menurut sumber kepada ESPN.

United menunjukkan kesediaan mereka untuk membayar lebih £60 juta (RM346 juta) dengan sebahagian besar dibayar secara tunai di peringkat awal dan jumlah itu semakin hampir dengan penilaian Brentford iaitu sekitar £65 juta (RM375 juta) bagi pemain antarabangsa Cameroon itu.

Rundingan antara kedua-dua kelab berlangsung selama beberapa minggu dan kembali dipergiatkan hujung minggu lalu.

Sumber memberitahu ESPN bahawa United sedar Mbeumo berminat untuk berpindah ke Old Trafford, walaupun kelab itu tidak beraksi dalam kejohanan Eropah musim hadapan.

Namun begitu, United kekal yakin mereka boleh mencapai kata sepakat dengan Brentford berkaitan penilaian Mbeumo serta struktur pembayaran yang sesuai dan menambah pemain berusia 25 tahun itu ke dalam skuad Ruben Amorim sebelum jelajah pramusim ke Amerika Syarikat bermula

Nkunku, menurut sumber ESPN, dengan pemain Perancis itu dilaporkan terdesak mahu keluar dari Chelsea musim panas ini.

United pernah menunjukkan minat terhadap Nkunku pada Januari lalu ketika perbincangan dengan Chelsea mengenai kemungkinan perpindahan pemain sayap Alejandro Garnacho.

Walau bagaimanapun, tiada perjanjian yang tercapai ketika itu, tetapi kini United sekali lagi dimaklumkan bahawa Nkunku tersedia ketika mereka sedang giat mencari penyerang baharu

Mereka telah pun terlepas peluang mendapatkan Liam Delap, yang sebaliknya menyertai Chelsea sekali gus satu lagi tamparan terhadap peluang Nkunku untuk mendapat minit permainan tetap di Stamford Bridge.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi


Pemain berusia 27 tahun itu mengalami tempoh yang sukar di Chelsea sejak berpindah dari RB Leipzig pada tahun 2023, hanya menjaringkan enam gol Liga Perdana Inggeris dalam dua musim.

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca, ditanya mengenai Nkunku dalam sidang media pada semalam.

“Christo masih bersama kami,” kata Maresca. “Dia pemain kami. Sejujurnya, dia menunjukkan prestasi sangat baik dalam empat atau lima hari terakhir. Jadi mungkin kami juga sedang mempertimbangkan untuk memberikannya beberapa peluang.”

United sedia bayar lebih RM346 juta tandatangani Mbeumo

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker