Tiga pemain muda negara jalani pemilihan dengan kelab Eropah
Tiga pemain muda negara jalani pemilihan dengan kelab Eropah

Kuala Lumpur: Patah tumbuh hilang berganti! Mungkin itu perumpamaan paling sesuai digambarkan apabila tiga ubi muda negara khususnya pemain elit dari Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) bakal menjalani sesi ujian bersama kelab Eropah dalam masa terdekat.
Selepas bintang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin meninggalkan Eropah dengan memilih beraksi di Liga Malaysia (Liga M), kini difahamkan tiga pemain muda berjaya menarik perhatian kelab Eropah.
Perkara itu dimaklumkan sumber boleh dipercayai dengan identiti tiga pemain muda AMD itu dirahsiakan termasuk kelab yang berminat.
Jelas sumber itu lagi, ketiga-tiga pemain berkenaan akan menjalani latihan dan sesi percubaan selama tiga hingga empat minggu.
“Pemain berkenaan akan menjalani ujian pemilihan dan latihan di Eropah bersama kelab terbabit dan akan berada di sana selama tiga hingga empat minggu.
“Jika mereka berjaya meyakinkan pihak pengurusan kelab terbabit, mereka akan ditawarkan kontrak untuk bermain bersama kelab Eropah itu,” kata sumber itu.
Untuk rekod, kali terakhir pemain negara meraih kontrak bersama kelab utama Eropah adalah menerusi Luqman bersama kelab Belgium, KV Kortrijk.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Luqman muncul sebagai anak tempatan pertama mengikat kontrak dengan kelab yang beraksi di divisiyen satu di Eropah pada 2020 menerusi tawaran selama lima musim.
Sepanjang tempoh berkenaan, Luqman beberapa kali membuat penampilan bersama skuad utama dengan selebihnya banyak beraksi dengan pasukan bawahan KV Kortrijk selain dipinjamkan ke kelab Iceland dan kelab Jepun.
Luqman memilih kembali ke Liga M dan akan memperkuatkan pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) bagi musim 2025/2026 nanti.
Tiga pemain muda negara jalani pemilihan dengan kelab Eropah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
You must be logged in to post a comment.