Tiada tekanan tambahan ke atas Maresca di Piala Dunia Kelab
Tiada tekanan tambahan ke atas Maresca di Piala Dunia Kelab

Philadelphia: Pengurus Chelsea, Enzo Maresca, menegaskan pemilik kelab tidak meletakkan tekanan tambahan ke atas dirinya untuk memenangi Piala Dunia Kelab walaupun terdapat insentif kewangan sangat lumayan ditawarkan kejohanan baharu FIFA itu.
Badan induk bola sepak dunia itu menjanjikan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai sebanyak AS$1 bilion (RM5.78 bilion) kepada 32 pasukan yang bersaing di Amerika Syarikat
Jika Chelsea, sebagai salah satu daripada 12 wakil Eropah, berjaya menjuarai kejohanan ini pada 13 Julai, mereka berpotensi membawa pulang kira-kira £92.4 juta (RM534 juta) sebagai ganjaran tunai
Jumlah itu boleh memberikan kelebihan besar kepada pasukan Stamford Bridge berbanding banyak pesaing mereka di England dan Eropah untuk musim hadapan.
Namun, Maresca mendakwa soal wang tidak pernah menjadi topik perbincangan antara beliau dan pihak pengurusan kelab sepanjang kejohanan ini berlangsung.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Pemilik kelab hanya mahukan yang terbaik untuk kami dan pemain, perlawanan demi perlawanan, dan mereka tidak bercakap langsung mengenai hadiah akhir atau ganjaran kewangan,” kata pengurus dari Itali itu kepada wartawan di Philadelphia menjelang perlawanan menentang Esperance of Tunis, esok.
“Mereka tidak pernah memberi tekanan kepada saya atau pemain dengan mengatakan kami perlu menjuarai kejohanan ini kerana wang.”
Chelsea perlu mengelak daripada kekalahan menentang juara Afrika empat kali dari Tunisia itu untuk layak ke pusingan 16 terakhir dari Kumpulan D.
Ini susulan kekalahan 1-3 kepada kelab gergasi Brazil, Flamengo, dalam perlawanan terakhir mereka, di mana Maresca kelihatan lebih memberi keutamaan kepada eksperimen taktikal berbanding keputusan perlawanan.
Percubaan meletakkan Cole Palmer di bahagian kanan trio serangan tidak berhasil, apabila pemain antarabangsa England itu gagal memberi impak besar dalam perlawanan tersebut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
“Ketika bertahan, Cole lebih lebar sedikit, tetapi posisi beliau ketika menguasai bola adalah sama seperti sepanjang musim,” jelas Maresca.
“Sama ada masa ini sesuai atau tidak untuk mencuba perkara baharu, saya tak pasti. Tapi kami juga berada di sini untuk fikir tentang masa depan dan cuba sistem yang berbeza.
“Tahun lalu kami guna tiga atau empat sistem berbeza sepanjang musim. Idea kami adalah untuk terus berkembang dan memperbaiki pasukan, serta mencuba pendekatan berlainan.”
Philadelphia kini dilanda gelombang haba melampau, dan walaupun sepak mula pada jam 9 malam waktu tempatan Rabu dijangka mengurangkan kesan suhu kepada permainan, ia tetap menyukarkan persiapan pasukan.
“Hampir mustahil untuk berlatih kerana cuaca. Sekarang kami hanya cuba jimat tenaga untuk perlawanan,” kata Maresca, yang dijangka akan menggilirkan skuad dan membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utama.
Penyerang Nicolas Jackson digantung selepas dibuang padang dalam perlawanan menentang Flamengo, walaupun baru sahaja masuk sebagai pemain gantian beberapa minit sebelum itu.
Maresca menambah: “Cuaca sangat panas dan sukar untuk bekerja dalam suhu sebegini. Tapi kami berada di sini, cuba lakukan yang terbaik, dan kami akan cuba menang dalam perlawanan esok.”
Chelsea menang dalam perlawanan pembukaan kejohanan apabila menewaskan Los Angeles FC 2-0 di Atlanta, sebelum tewas kepada Flamengo
Esperance pula bangkit selepas tewas kepada kelab Brazil itu dengan menewaskan LAFC 1-0 di Nashville dalam perlawanan terakhir mereka yang juga satu-satunya kemenangan setakat ini daripada enam perlawanan wakil Afrika Utara di Piala Dunia Kelab ini.
Jika Chelsea mara, mereka akan ke Charlotte untuk aksi pusingan 16 menentang juara Kumpulan C pada Ahad yang berkemungkinan besar ialah Bayern Munich.
“Kalau kami layak, barulah kita boleh cakap tentang Bayern,” kata Maresca. “Buat masa ini fokus kami hanyalah pada perlawanan esok. Bola sepak penuh kejutan.”
Mengenai Esperance, beliau berkata: “Menentang Flamengo mereka kekal bersaing hingga ke penghujung. Menentang Los Angeles mereka menang dan bermain dengan baik. Jadi sudah pasti ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar.”
Tiada tekanan tambahan ke atas Maresca di Piala Dunia Kelab
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.