Siti Nurhaliza – “Ini Scammer & Bohong!

Siti Nurhaliza – “Ini Scammer & Bohong!

Siti Nurhaliza - “Ini Scammer & Bohong!

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil bersuara selepas tular iklan palsu yang memetik namanya yang didakwa menyediakan servis pinjaman wang secara berlesen di media sosial.

Siti menerusi hantaran di Insta Stories, turut memuatnaik tangkap layar video yang dimuatnaik oleh salah seorang pengguna TikTok yang turut mengaku pinjaman wang berlesen tersebut sebagai sahih.

“Ini Scammer Dan Bohong!..”

Tidak berdiam diri, Siti menegaskan bahawa servis ‘pinjaman wang berlesen’ tersebut adalah scammer dan penipu.

“Saya nampak ini di TikTok, ini scammer dan bohong!.”-tegas Siti Nurhaliza di TikTok


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


Mohon Orang Ramai Tidak Terpedaya

Malah, Siti turut menitipkan pesanan buat orang ramai membuat ‘report’ dan sentiasa ‘alert’ agar tiada yang terpedaya dengan posting pinjaman wang tersebut.

“Jika sesiapa nampak posting macam ni, tolong report dan alert di komen supaya tidak ada yang terpedaya. Dunia sekarang ni macam-macam.”-tambah Siti lagi

Siti Nurhaliza - “Ini Scammer & Bohong!

Tinjauan Murai MY di laman TikTok netizen terlibat, dia turut ‘mengaku’ bahawa servis pinjaman wang oleh Datuk Siti Nurhaliza adalah sahih.

“Tapi betul ke by Dato Siti. Sekarang banyak scammer.”

“Betul Cik.”-balas Pengguna TikTok

Siti Nurhaliza - “Ini Scammer & Bohong!

Terdahulu, nama dan wajah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam iklan perniagaan, pelaburan tanpa kebenaran.

Malah, para peniaga turut menggunakan wajah mereka dalam iklan testimoni produk palsu.

Jelas Siti, beliau sudah berulang kali menitipkan pesanan kepada pengguna media sosial mengenai penggunaan foto dia dan suami, dan sangat berharap agar dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai tidak terpedaya dengan penipuan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut.

 

Siti Nurhaliza – “Ini Scammer & Bohong!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker