Seorang lagi ADUN Sabah ditahan SPRM
Seorang lagi ADUN Sabah ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut sumber, ADUN terbabit ditahan kerana disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM150,000 membabitkan pengeluaran lesen cari gali di negeri itu.
“Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira jam 9.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.
“Suspek dipercayai melakukan perbuatan terbabit sekitar 2023 dan 2024,” katanya hari ini.
Menurutnya, suspek disyaki meminta wang rasuah berkenaan daripada seorang individu berpangkat Datuk bagi menguruskan permohonan lesen cari gali.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
Katanya, suspek dilepaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin selepas selesai dirakam keterangan dan dijangka dituduh dalam masa terdekat.
Terdahulu, media melaporkan SPRM mengesahkan individu yang akan didakwa bersama dua ADUN Sabah berhubung skandal rasuah lesen cari gali di negeri itu tidak dilindungi mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, berkata Seksyen 11(1) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 menjelaskan bahawa seseorang yang terbabit dalam kesalahan yang didedahkannya tidak layak memohon perlindungan pemberi maklumat atau ‘whistleblower’.
Seorang lagi ADUN Sabah ditahan SPRM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
You must be logged in to post a comment.