Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

 

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan Israel dan Iran bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata yang menurutnya berpotensi menjadi kekal.

Menurut Trump, kedua-dua pihak telah bersetuju sepenuhnya untuk melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya dalam tempoh enam jam daripada sekarang.

Selepas kedua-dua negara menyelesaikan operasi terakhir mereka yang sedang berjalan.

“Israel dan Iran telah mencapai persetujuan penuh untuk melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya (dalam kira-kira enam jam dari sekarang, apabila misi akhir mereka selesai), selama 12 jam.”

“Selepas itu, perang ini akan dianggap tamat,” dakwa Trump.

Trump juga menyatakan keyakinannya perjanjian ini merupakan langkah penting ke arah penamatan konflik yang telah mengakibatkan ketegangan ketara di Asia Barat.

Agak janggal pengumuman gencatan senjata yang diumumkan Trump.

Gencatan senjata hanya akan berkuatkuasa selepas operasi terakhir kedua-dua pihak terbabit, Iran dan Israel.

Atau maksudnya, Iran diberi peluang serang Israel sekali dan Israel diberi peluang serang Iran sekali.

Macam budak-budak bergaduh pula.

Kau pukul aku sekali, aku pukul kau sekali, lepas tu kita kira settle…😂😂😂

Lebih pelik lagi, sejurus selepas Trump umumkan gencatan senjata, pihak Iran dengan segera menafikannya.

Menurut Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, tidak ada persetujuan gencatan senjata antara Iran dan Israel setakat ini.

“Sehingga kini, tidak ada sebarang persetujuan berkaitan gencatan senjata atau pemberhentian operasi ketenteraan.”

“Seperti yang telah ditegaskan berkali-kali oleh Iran, Israel yang memulakan perang ini dan bukan sebaliknya,” tegas Abbas.

“Namun sekiranya Israel menghentikan pencerobohan haram sehingga selewat-lewatnya hingga jam 4 pagi waktu Tehran, Iran tiada hasrat untuk teruskan serangan balas selepas itu.”

“Keputusan muktamad berhubung pemberhentian operasi ketenteraan hanya akan dibuat kemudian,” tambah Abbas lagi.

Kesimpulannya bagi penulis, pengumuman yang dibuat oleh Trump hanya syok sendiri, kalau dia tak kena tipu dengan Israel, kesiannya…🤣🤣🤣

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker