Gara-gara tersalah panggil nama tauke restoran dengan nada kasar

Gara-gara tersalah panggil nama tauke restoran dengan nada kasar

Gara-gara tersalah panggil nama tauke restoran dengan nada kasar
Tangkap layar insiden pergaduhan antara dua kumpulan lelaki di sebuah restoran di Kinarut, Papar. – Foto media sosial

PAPAR: Tersalah memanggil nama pengusaha restoran dengan nada kasar dipercayai punca pergaduhan antara dua kumpulan lelaki di sebuah restoran di Palm Square, Kinarut di sini, kelmarin.

Dalam insiden kira-kira jam 1 tengah hari itu, keadaan menjadi semakin tidak terkawal sehingga tercetus rusuhan menggunakan kayu dan kerusi.

Kejadian itu sempat dirakam beberapa pengunjung restoran terbabit dan orang awam di lokasi sebelum video berkenaan tular dalam media sosial.

Difahamkan, kesemua suspek itu kemudian tampil menyerah diri kepada polis sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka, berkata sembilan lelaki berusia 19 hingga 50-an ditahan bagi membantu siasatan kes merusuh dan bergaduh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


Beliau berkata, punca kejadian itu dipercayai akibat salah faham apabila salah seorang suspek dikatakan tersalah memanggil nama pengusaha restoran dengan nada kasar.

“Mereka dikatakan berasa tidak puas hati dan berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua kumpulan itu dengan nada kasar.

“Keadaan tegang itu menjadi tidak terkawal sehingga berlaku pergaduhan menggunakan kerusi restoran dan kayu sebagai senjata antara kedua-dua pihak,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Kamaruddin berkata, pergaduhan itu kemudian dapat dileraikan oleh orang ramai di lokasi.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 60 akta sama, iaitu melakukan rusuhan serta bergaduh di tempat awam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi


“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mazlan Mali, melalui talian 013-656 4978 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan,” katanya.

Gara-gara tersalah panggil nama tauke restoran dengan nada kasar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker