Wira rempuh pokok di Klebang, dua lelaki maut
Wira rempuh pokok di Klebang, dua lelaki maut

MELAKA: Dua lelaki maut selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka dipercayai terbabas dan merempuh pokok di Jalan Persisiran Pantai, Klebang, di sini pagi tadi.
Dalam nahas dilaporkan kepada bomba kira-kira jam 6.51 pagi itu, seorang daripada mangsa tercampak keluar dari kereta, manakala seorang lagi tersepit di dalam kenderaan berkenaan.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid, berkata sepasukan lapan anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian.
Katanya, pasukan bomba diketuai Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Zahery Mohd Zailani.
“Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati seorang mangsa tercampak keluar dari kereta dan seorang lagi tersepit di dalam kenderaan. Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan pada jam 7.17 pagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Mohd Hafidzatullah berkata, mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Wira rempuh pokok di Klebang, dua lelaki maut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.