Real Madrid benam wakil Mexico

Real Madrid benam wakil Mexico

Real Madrid benam wakil Mexico
VALVERDE (tengah) meraikan jaringan bersama Brahim Diaz (kiri) dan Alexander-Arnold. FOTO Reuters

Charlotte: Real Madrid mengetepikan kad merah awal untuk menewaskan kelab Mexico, Pachuca 3-1 dan semakin mencerahkan peluang ke peringkat kalah mati Piala Dunia Kelab.

Keputusan itu meletakkan Madrid, yang kini dikendalikan ketua jurulatih baharu Xabi Alonso, di puncak Kumpulan H dengan empat mata manakala Pachuca tersingkir selepas dua kekalahan.

Kelab Arab Saudi, Al Hilal yang mengikat Real dalam perlawanan pembukaan akan menentang Salzburg yang berada di tempat kedua dalam satu lagi perlawanan.

Dalam perlawanan awal pagi tadi, gergasi Sepanyol itu menghadapi kesukaran seawal minit ketujuh apabila Raul Asencio dilayangkan kad merah terus selepas menarik Salomon Rondon yang jelas mempunyai peluang menjaringkan gol.

Pachuca hampir membuka jaringan apabila pemain Brazil, Kenedy, melakukan rembatan yang ditepis Thibaut Courtois, dan penjaga gol Belgium itu cemerlang menafikan percubaan susulan oleh Alan Bautista.

Namun Real berjaya mengawal permainan di bahagian tengah dan memperlahankan rentak, sekali gus mengehadkan peluang Pachuca.

Gol pertama Madrid hadir pada minit ke-35 hasil gerakan berpasukan yang cantik. Tindakan bijak Gonzalo Garcia melepaskan Fran Garcia di bahagian kiri, yang kemudian menghantar bola ke tengah kepada Jude Bellingham.

Pemain England itu mengawal bola dengan baik sebelum menyudahkan menerusi rembatan kaki kiri ke penjuru gol.

Dua minit sebelum rehat, Real menambah jaringan apabila Trent Alexander-Arnold melakukan hantaran rendah dari kanan kepada Gonzalo yang kemudiannya membolehkan Arda Guler menyempurnakan peluang dengan tenang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi


Pachuca mencipta banyak peluang selepas separuh masa tetapi Courtois kekal mantap dengan menafikan percubaan pemain gantian Brazil, John Kennedy serta rembatan Rondon dan Bryan Gonzalez.

Javier Eduardo Lopez mensia-siakan peluang terbaik untuk Pachuca apabila melepaskan rembatan liar selepas kesilapan pertahanan Madrid.

Kemenangan Madrid disahkan pada minit ke-70 apabila Federico Valverde menyudahkan gerakan satu dua bersama Brahim Diaz untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Pachuca akhirnya mendapat ganjaran atas usaha gigih mereka apabila rembatan Elias Montiel terkena Aurelien Tchouameni dan mengelirukan Courtois yang tersalah langkah.

Xabi Alonso, yang meraih kemenangan pertamanya sebagai jurulatih Real, memuji cara pasukannya menangani kekurangan pemain.

“Kami terpaksa bertahan hampir sepanjang perlawanan dengan kekurangan pemain dan ia menjadi sangat tegang, tetapi kami bertahan dengan banyak pengorbanan dan solidariti, itulah yang diperlukan,” katanya.

“Kami menunggu peluang kami, jadi saya sangat berpuas hati dengan persembahan walaupun dengan seorang pemain kurang,” tambahnya.

Jurulatih Real itu turut gembira melihat kemampuan pasukannya mengubah rancangan ketika perlawanan.

“Kami mahu memiliki budaya yang memahami situasi, struktur, konteks dan tahu apa yang perlu dilakukan pada setiap saat, dengan prinsip yang kukuh.

“Saya rasa kecerdasan permainan memberikan kelebihan tambahan dan hari ini saya gembira bagaimana mereka memahami perubahan pantas yang diperlukan,” tambahnya lagi.

Jurulatih Pachuca, Jaime Lozano pula mengakui pasukannya gagal memanfaatkan kelebihan pemain.

“Kami bermula dengan baik, (tetapi) kami tidak memanfaatkan kelebihan tersebut. Mereka mempunyai antara pemain terkuat di dunia dan pemain mereka memang luar biasa.

“Kekuatan utama mereka ialah mereka tidak perlu bermain pada tahap terbaik pun untuk menang mana-mana perlawanan. Mereka benar-benar luar biasa,” katanya.

 

Real Madrid benam wakil Mexico

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker