Pesawat TUDM tergelincir, landasan utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ditutup

Pesawat TUDM tergelincir, landasan utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ditutup

Pesawat TUDM tergelincir, landasan utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ditutup
Pesawat CN-235 tergelincir di lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. – Foto media sosial

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat pengangkut jenis CN-235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tergelincir di landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pagi ini.

Kejadian itu menyebabkan landasan utama lapangan terbang berkenaan ditutup sementara.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), selaku pengendali lapangan terbang, mengesahkan kejadian itu berlaku jam 11.30 pagi dan membabitkan pesawat milik TUDM.

“Landasan ditutup bagi membolehkan kerja pemindahan pesawat serta pembersihan dijalankan dengan selamat.

“Notis kepada Anak Kapal Udara (NOTAM) telah dikeluarkan dan penutupan ini dijangka berterusan sehingga jam 3 petang hari ini,” katanya melalui kenyataan.Pesawat TUDM tergelincir, landasan utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ditutup


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


MAHB turut memaklumkan sepanjang tempoh penutupan landasan, semua operasi penerbangan di lapangan terbang itu akan terjejas.

“Penumpang dinasihatkan untuk menyemak status penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing.

“Pihak lapangan terbang akan memberikan maklumat terkini sebaik landasan diisytiharkan selamat dan dibuka semula untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),” katanya.

BH sedang berusaha menghubungi TUDM untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian ini.

Pesawat TUDM tergelincir, landasan utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ditutup


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker