Pesara akauntan rugi RM855,000 diperdaya pelaburan kripto

Pesara akauntan rugi RM855,000 diperdaya pelaburan kripto

Pesara akauntan rugi RM855,000 diperdaya pelaburan kripto
 

GEORGETOWN: Wang milik pesara akauntan kilang berjumlah lebih RM855,000 lesap selepas diperdaya pelaburan mata wang kripto dalam talian menerusi platform Gexertmat Exchange.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata kes membabitkan mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 73 tahun.

Beliau berkata mangsa menyertai pelaburan berkenaan Mac lalu selepas tertarik dengan iklan di Facebook yang menawarkan pulangan keuntungan tinggi.

 

“Mangsa menekan pautan iklan itu dan mula berhubung dengan suspek wanita menerusi aplikasi WhatsApp.

“Pelaburan itu menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh yang singkat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


“Mangsa berminat menyertai pelaburan itu dan diarah memuat turun aplikasi Gexertmat Exchange untuk mendaftar sebagai ahli serta membuat pelaburan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Hamzah berkata mangsa melakukan 14 transaksi kemasukan wang ke dalam lima akaun bank milik syarikat yang berbeza antara April hingga 11 Jun lalu.

Katanya, mangsa menyedari diperdaya apabila tidak menerima sebarang pulangan keuntungan seperti yang dijanjikan.

“Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu,” katanya lagi.

Pesara akauntan rugi RM855,000 diperdaya pelaburan kripto

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker