Pesara akauntan rugi RM855,000 diperdaya pelaburan kripto
Pesara akauntan rugi RM855,000 diperdaya pelaburan kripto

GEORGETOWN: Wang milik pesara akauntan kilang berjumlah lebih RM855,000 lesap selepas diperdaya pelaburan mata wang kripto dalam talian menerusi platform Gexertmat Exchange.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata kes membabitkan mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 73 tahun.
“Mangsa menekan pautan iklan itu dan mula berhubung dengan suspek wanita menerusi aplikasi WhatsApp.
“Mangsa berminat menyertai pelaburan itu dan diarah memuat turun aplikasi Gexertmat Exchange untuk mendaftar sebagai ahli serta membuat pelaburan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Hamzah berkata mangsa melakukan 14 transaksi kemasukan wang ke dalam lima akaun bank milik syarikat yang berbeza antara April hingga 11 Jun lalu.
Katanya, mangsa menyedari diperdaya apabila tidak menerima sebarang pulangan keuntungan seperti yang dijanjikan.
“Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut bagi membolehkan siasatan dijalankan.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.