Kebakaran di Taman Kota Puteri terkawal, hampir 80 peratus api dipadamkan

Kebakaran di Taman Kota Puteri terkawal, hampir 80 peratus api dipadamkan

Kebakaran di Taman Kota Puteri terkawal, hampir 80 peratus api dipadamkan
Anggota bomba semalaman menjalankan operasi memadam kebakaran di Jalan Cenderai 27, Taman Kota Puteri. – Foto ihsan JBPM Johor

PASIR GUDANG: Kebakaran di kawasan stor penyimpanan lori dan minyak enjin di Jalan Cenderai 27, Taman Kota Puteri, Masai di sini, semalam, dilaporkan kini terkawal dengan hampir 80 peratus api sudah dipadamkan.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Penguasa Kanan Bomba 1 Zaipulbahri Mat Rusok, berkata pihaknya bagaimanapun masih memantau 15 hingga 20 peratus lokasi kebakaran yang mempunyai bara, bagi mengelak kebakaran berulang susulan cuaca panas.

Berdasarkan laporan operasi pemadaman pada hari kedua setakat jam 8 pagi tadi, beliau berkata, kebakaran didapati membabitkan kawasan seluas 1,000 kaki persegi.
Berikutan keadaan terkawal, katanya, JBPM mengecilkan operasi dengan mengurangkan kekuatan daripada 67 anggota bomba semalam kepada 33 anggota dalam operasi hari kedua.

“Kebakaran dipercayai bermula dari kawasan tengah, berkemungkinan kilang plastik. Terdapat pelbagai kilang dan perusahaan dijalankan dalam kawasan persendirian itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, manakala punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan Bahagian Forensik JBPM,” katanya.

Dalam pada itu, Zaipulbahri berkata, hasil pemeriksaan kualiti udara pula menunjukkan ia pada tahap normal dan penduduk sekitar boleh menjalankan aktiviti seperti biasa.

Beliau sekali gus menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat kurang tepat, selain memaklumkan tiada arahan pemindahan, setakat ini.

Sementara itu penduduk, Norizah Nordin, 46, berkata kejadian berkenaan mencetuskan kebimbangan dan situasi panik dalam kalangan masyarakat setempat.

Malah, beliau berkata, melihat kepulan asap tebal yang menjulang tinggi ke udara akibat kebakaran itu menyebabkan mereka teringat gambaran insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, Selangor, April lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi


“Keadaan memang huru-hara… kami melihat kenderaan, termasuk lori, dikeluarkan dari lokasi,” katanya sambil mendakwa bahawa penduduk pernah meminta syarikat di kawasan itu dipindahkan kerana terletak berdekatan kediaman.

Suri rumah, Norsahiema Mohd Maiden, 40, berkata penduduk terkilan dengan kejadian itu kerana tidak mengetahui kewujudan perusahaan dianggap berisiko di kawasan berkenaan, termasuk stor penyimpanan minyak enjin.

“Perkara itu sepatutnya dipantau oleh pihak berkuasa. Kami berharap kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa depan kerana ia bukan saja boleh menjejaskan kesihatan orang ramai tetapi juga meninggalkan kesan terhadap alam sekitar,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor dilaporkan mengesan ammonia di pos kawalan bomba ketika pelaksanaan operasi memadam kebakaran stor penyimpanan lori dan minyak enjin di Jalan Cenderai 27, Taman Kota Puteri, semalam.

Pengarah JAS Johor, Dr Mohd Famey Yusoff, dipetik berkata hasil pemantauan pihaknya bermula jam 8 malam tadi bagaimanapun mendapati bacaan gas berkenaan tidak mencapai tahap Acute Exposure Guideline Level (AEGL)-2.

Semalam, Timbalan Ketua Zon 1 JBPM Johor, Penguasa Kanan Bomba II Rosfarawadi Ismani Ismail, dilaporkan berkata hasil pemeriksaan ketika itu mendapati premis yang musnah sepenuhnya ialah stor penyimpanan minyak enjin, premis membuat sabun dan kawasan parkir lori, manakala sebuah premis cucian kenderaan hanya terbakar sebahagian.

Beliau dipetik berkata, kebakaran itu turut memusnahkan lima lori tangki, lima motosikal dan tiga kenderaan persendirian.

Kebakaran di Taman Kota Puteri terkawal, hampir 80 peratus api dipadamkan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker