Kebakaran besar di Masai: Lebih separuh kilang sekitar lokasi insiden beroperasi secara haram – EXCO Johor
Kebakaran besar di Masai: Lebih separuh kilang sekitar lokasi insiden beroperasi secara haram – EXCO Johor

PONTIAN: Lebih separuh daripada kilang beroperasi sekitar lokasi kebakaran besar di Kawasan Perindustrian Kota Puteri, Masai, Sabtu lalu, dipercayai beroperasi secara haram tanpa lesen dan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor ketika ditemui media selepas Mesyuarat UMNO Bahagian Pontian, di sini semalam, berkata kerajaan negeri sedang menyiasat kewujudan kilang sedemikian.

“Siasatan awal mendapati lebih separuh daripada unit kilang yang berada di kawasan kebakaran berkenaan beroperasi secara haram susulan tidak mempunyai lesen serta sebarang kelulusan daripada PBT.
“Siasatan mendapati lebih separuh pemilik kilang yang beroperasi di atas lot tanah kawasan kebakaran besar di Taman Megah Ria, tidak pernah membuat permohonan lesen kepada PBT.
Sabtu lalu, media melaporkan sebanyak tiga kilang dan 15 kenderaan musnah sepenuhnya dalam kebakaran besar membabitkan kawasan seluas kira-kira 1,000 meter persegi di Kawasan Perindustrian Kota Puteri.
Premis itu membabitkan kilang penyimpanan minyak hitam terpakai, kilang pemprosesan sabun dan kawasan parkir lori.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Timbalan Ketua Zon 1 JBPM Johor, Rosfarawadi Ismani Ismail dilaporkan berkata, kejadian jam 12.54 tengah hari itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.
Anggota dari lima balai bomba dengan kekuatan 34 orang serta sembilan jentera dikejarkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran berkenaan yang menghasilkan asap hitam tebal setinggi lebih 100 meter di lokasi.
Mohd Jafni berkata, keadaan itu menunjukkan pembinaan dan operasi kilang berkenaan dibuat secara haram, sekali gus tidak dilindungi oleh mana-mana pihak terutama insurans sekiranya berlaku sebarang insiden.
“Daripada semakan kita di peringkat PBT, memang sah lebih separuh premis di kawasan itu tidak pernah memohon sebarang lesen. Maksudnya, memang kilang haram cuma kita belum kenal pasti pihak menyewa lot terbabit kerana tanah itu milik individu dan disewakan,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan mempertingkat penguatkuasaan termasuk melakukan pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa khususnya di kawasan perindustrian yang padat dan terpencil.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Kalau kawasan itu berada dalam zon industri, mereka masih boleh memohon kelulusan, tapi jika berada dalam zon pertanian dan dibangunkan secara haram, ia jelas melanggar undang-undang dan kita boleh ambil tindakan,” katanya.
Jafni menegaskan isu keselamatan menjadi keutamaan memandangkan kebanyakan premis beroperasi secara haram itu tidak mempunyai kelulusan bomba serta kelengkapan keselamatan seperti alat pemadam api.
“Kita bimbang jika berlaku kebakaran, tiada sistem keselamatan yang boleh mencegah atau mengurangkan risiko. Jadi, pemantauan ini sangat penting,” katanya.
Kebakaran besar di Masai: Lebih separuh kilang sekitar lokasi insiden beroperasi secara haram – EXCO Johor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.