Arab Saudi mara peringkat kalah mati Piala Emas
Arab Saudi mara peringkat kalah mati Piala Emas

Las Vegas: Firas Al-Buraikan menjaringkan gol penyamaan penting untuk Arab Saudi ketika seri 1-1 menentang Trinidad dan Tobago di Las Vegas, hari ini sekaligus memastikan pasukan jemputan CONCACAF itu mara ke peringkat kalah mati Piala Emas.
Sementara Amerika Syarikat muncul juara Kumpulan D dengan rekod sempurna 3-0-0, Arab Saudi menamatkan saingan dengan rekod 1-1-1 (4 mata) untuk berada di tempat kedua.
Trinidad dan Tobago (0-1-2, 2 mata) berpeluang memintas Arab Saudi untuk tempat kedua jika menang.
Justin Garcia hampir meletakkan Trinidad di depan pada minit keenam masa tambahan babak kedua, namun rembatan jarak dekatnya dari tengah kotak penalti hanya mengenai palang gol.
Al-Buraikan segera menyambar bola lantun itu dan menolak masuk ke gawang menewaskan penjaga gol Marvin Phillip.
Dante Sealy meletakkan Trinidad di depan seawal minit ke-10 dengan rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti.
Arab Saudi mara peringkat kalah mati Piala Emas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.