Empat pengamal perubatan tradisional dipenjara 3 tahun pukul pensyarah hingga buta

Empat pengamal perubatan tradisional dipenjara 3 tahun pukul pensyarah hingga buta

Empat pengamal perubatan tradisional dipenjara 3 tahun pukul pensyarah hingga buta
Empat pengamal perubatan tradisional ketika hadir perbicaraan di Mahkamah Majistret Kota Bharu, pada 30 Ogos 2021. (Foto fail NSTP)

KOTA BHARU: Empat pengamal perubatan tradisional dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul pensyarah sehingga buta mata kiri pada Ogos 2021.

Hakim Mohd Zul Zaqikudin Zulkifli menjatuhkan hukuman di akhir perbicaraan terhadap kesemua tertuduh termasuk dua dikenali sebagai Wea Selamos atau nama sebenar Mohd Shamsul Izwan Midin, 37, dan Tok Singa atau Muhammad Firdaus Mohd Adnan, 37.

Dua lagi tertuduh adalah Idrees Ishak, 46, dan Mohd Eric Mohd Ramli, 39.

Menerusi alasan penghakiman, Mohd Zul Zaqikudin mendapati pembelaan keempat-empat tertuduh adalah penafian semata-mata.

“Maka semua tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun berkuat kuasa hari ini,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa, Ahmad Shahrill ‘Ariff Zainol, 43, sehingga menyebabkan mangsa hilang penglihatan kekal pada mata kiri.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah tumpangan di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini, pada jam 4 pagi, 5 Ogos 2021.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, manakala semua tertuduh diwakili peguam, Mohd Azrul Hasyimi Mohamad.

Terdahulu, Mohd Azrul Hasyimi memohon penangguhan pelaksanaan hukuman untuk mengemukakan rayuan terhadap kesemua anak guamnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi


Mahkamah kemudiannya membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman dan jaminan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi setiap tertuduh.

Empat pengamal perubatan tradisional dipenjara 3 tahun pukul pensyarah hingga buta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker