Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati

 

Mahkamah Tinggi telah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) DS Najib dalam kes SRC 2.0 yang sedang beliau hadapi.

Ini bermakna DS Najib sudah pun dilepaskan dari 3 pertuduhan pengubahan wang haram yang kononnya dilakukan pada tahun 2014.

Di pihak pendakwaan pula, keputusan yang telah ditetapkan oleh mahkamah tidak boleh dirayu di peringkat Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan.

Namun pihak pendakwaan boleh membuka semula pendakwaan sekiranya mempunyai bukti yang mencukupi.

Hanya selepas satu jam mahkamah membuat keputusan, Rafizi Ramli dengan segera memberikan respon.

Beliau mahu pihak Peguam Negara mengesahkan bahawa kes tersebut akan dibuka semula dengan pendakwaan yang baharu.

“Saya menyeru supaya pihak pendakwa dapat mengesahkan bahawa Kamar Peguam Negara akan memfailkan semula pertuduhan dengan secepat mungkin.”

“Dan menyiapkan dokumen-dokumen dengan sewajarnya, agar kes ini dapat berjalan dengan segera.”

“Ramai rakyat Malaysia tidak mahu melihat kes ini berlalu begitu sahaja atas kegagalan pendakwa yang mewakili kerajaan untuk menyiapkan dokumen bukti ke mahkamah.”

“Berhubung satu skandal iaitu SRC yang telah pun dijatuhkan hukuman bersalah,” kata Rafizi.

Beliau juga turut mempersoalkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara kerana kes tersebut telah tergantung selama lebih dari 5 tahun.

Perjalanan Kes Yang Menjadi Asas Keputusan Mahkamah

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati

 

Sebagai penjelasan, pendakwaan ke atas DS Najib ke atas kes SRC 2.0 telah dilakukan pada 13 Mac 2019.

Tetapi sejak dari tarikh tersebut, kes ini tidak pernah dibicarakan.

Mahkamah telah menetapkan lebih 20 tarikh pengurusan kes dan 5 set tarikh perbicaraan.

Namun hampir semua penangguhan datang daripada pihak pendakwaan sendiri kecuali sekali dari pembelaan.

Pada 11 Jun 2025, pihak pendakwaan secara rasmi mengakui mereka masih belum bersedia untuk meneruskan kes ini.

Mereka juga memohon tarikh perbicaraan yang lebih lewat dengan alasan masih belum selesai mengumpul bukti.

Dalam artikata yang mudah, pendakwaan dilakukan dengan tergesa-gesa tanpa bukti yang kukuh.

Dan inilah yang disebutkan dengan jelas dalam hujah penghakiman Hakim K Muniandy ketika memberikan DNAA ke atas kes tersebut.

Berhentilah Dari Menjadi Penyambung Lidah Syaitan

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati

 

Kisah Rafizi sebagai pakar fitnah dan penghasut bukanlah sekadar retorik politik untuk membunuh karektor politik beliau.

Malah ianya sudah terbukti bukan sekali, malah berkali-kali dengan sabitan di mahkamah.

Sudah terang lagi bersuluh, 3 asas penghakiman yang telah diputuskan dalam kes SRC adalah:

  • Pertuduhan tidak boleh tergantung tanpa perbicaraan untuk tempoh yang tidak tentu. Itu adalah tidak adil dan menyalahi undang-undang.
  • Penangguhan demi penangguhan menunjukkan penyalahgunaan proses mahkamah.
  • Pendakwaan sendiri belum bersedia dan tidak mempunyai bukti lengkap untuk meneruskan kes.

Sepatutnya Rafizi perlu lebih bermuhasabah untuk mencari jawapan mengapa Allah SWT mengizinkan beliau dikhianati oleh parti beliau sendiri.

Cukup-cukuplah membuat kerusakan di dunia politik tanahair dengan menjadi penyambung lidah syaitan.

Tidak takutkah dengan azab fitnah dan doa orang yang dizalimi?

 

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker