Semangat juang Messi buat Mascherano terkedu
Semangat juang Messi buat Mascherano terkedu

Atlanta: Jurulatih Inter Miami, Javier Mascherano, mengakui beliau terkejut dengan semangat Lionel Messi untuk terus menang selepas kelab Major League Soccer (MLS) itu mengejutkan Porto pada aksi Piala Dunia Kelab, awal pagi tadi.
Pemain veteran itu meledak sepakan percuma dalam persembahan bertenaga yang melayakkannya dinobat selaku Pemain Terbaik Perlawanan di Stadium Mercedes-Benz, Atlanta sekali gus, menjaringkan gol kemenangan ketika Miami menewaskan wakil Portugal itu 2-1 dalam aksi Kumpulan A.
Mascherano berkata, semangat kompetitif rakan senegaranya dari Argentina itu pada usia 37 tahun lebih mengejutkan berbanding kualiti permainan pemenang Ballon d’Or lapan kali itu.
“Selain daripada jaringannya dia ialah pemain yang menunjukkan kepada kita bagaimana untuk bersaing kelaparannya, keinginannya untuk terus beraksi secara kompetitif di mana-mana peringkat sekalipun.
“Dari segi bola sepak, apa lagi yang boleh diperkatakan? Dia ialah pemain terbaik dalam sejarah sukan ini, tetapi yang mengejutkan ialah keazaman dia untuk menang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
“Hari ini, walaupun di minit-minit akhir, dalam keadaan letih dan mengalami sedikit kecederaan, dia tetap membantu pasukan sedaya upaya sama ada dalam serangan mahupun bertahan untuk memastikan keputusan berpihak kepada kami.
“Kami tahu kehadirannya memberikan kelebihan kepada kami, tetapi lebih daripada itu ialah semangat juang yang begitu menular dalam pasukan, semangat untuk menang yang dia miliki,” kata Mascherano.
Ramai menjangka Porto bakal menewaskan Inter Miami, namun kelab dari Amerika Syarikat itu mencipta kemenangan pertama dalam sejarah bagi pasukan MLS ke atas lawan dari Eropah sekali gus menjadi kejutan pertama di Piala Dunia Kelab kali ini.
“Saya fikir kami sedar bahawa dalam bola sepak sememangnya wujud hierarki, dan kami berdepan sebuah pasukan bertaraf tinggi dengan pemain bertaraf antarabangsa.
“Tetapi kami yakin bahawa jika kami melakukan apa yang sepatutnya, jika kami ada pelan, jika kami saling menyokong, kekal bersatu dan paling penting, jika kami berani untuk bermain kami mampu bersaing,” kata Mascherano.
Semangat juang Messi buat Mascherano terkedu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.