Rakyat cuak, harga beras di Jepun naik dua kali ganda
Rakyat cuak, harga beras di Jepun naik dua kali ganda

TOKYO – Harga beras meningkat dua kali ganda bulan lalu di Jepun ketika inflasi teras menokok, demikian menurut data rasmi hari ini, mencetuskan ancaman terhadap Perdana Menteri Shigeru Ishiba menjelang pilihan raya legislatif Julai ini.
Pada Mei lepas, inflasi teras Jepun iaitu tidak termasuk harga makanan segar, mencecah 3.7 peratus sekali gus paras tertinggi sejak Januari 2023.
Angka itu mengatasi jangkaan pasaran dan merupakan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 3.5 peratus yang dicatatkan April lepas.
Ia menyaksikan harga beras melonjak dua kali ganda berbanding setahun lalu walaupun kerajaan mengeluarkan stok kecemasan dalam usaha menurunkan harga makanan ruji itu.
Kerajaan mula mengeluarkan simpanan beras pada Februari 2025, langkah yang sebelum ini dilakukan apabila Jepun dilanda bencana alam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Sementara itu, harga bekalan elektrik meningkat 11.3 peratus bulan lalu diikuti gas menokok 5.4 peratus, demikian menurut data sama.
Indeks harga pengguna(CPI) turut naik 3.2 peratus berbanding 3 peratus April lepas.
Bagi membantu isi rumah menangani inflasi, Ishiba berjanji mengagihkan bantuan tunai 20,000 yen (RM586) kepada setiap rakyat Jepun dan dua kali ganda lebih tinggi untuk kanak-kanak menjelang pilihan raya tersebut.
Kerajaan gabungan pemimpin berusia 68 tahun itu hilang majoriti di Dewan Rendah Parlimen Oktober tahun lalu selepas rakyat marah berikutan peningkatan harga barang dan perkhidmatan serta skandal politik.
Ia adalah keputusan pilihan raya terburuk untuk Parti Liberal Demokratik (LDP) yang mentadbir Jepun hampir beturut-turut sejak 1955. – AFP
Rakyat cuak, harga beras di Jepun naik dua kali ganda
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.