Pekerja maut kepala terhentak tayar meletup ketika diisi angin

Pekerja maut kepala terhentak tayar meletup ketika diisi angin

Pekerja maut kepala terhentak tayar meletup ketika diisi angin
Seorang lelaki maut selepas kepalanya terkena hentakan tayar yang meletup ketika mengisi angin. – Foto ihsan polis

KENINGAU: Seorang lelaki maut selepas kepalanya terkena hentakan tayar yang meletup ketika mengisi angin di sebuah kedai tayar di Jalan Durok, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa Arizal Etin, 20, yang juga pekerja kedai tayar itu parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata saksi yang juga rakan mangsa memaklumkan tayar yang sedang diisi angin itu meletup dan hentakan kuat terkena muka mangsa.

Perkara itu disahkan melalui pemeriksaan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Keningau untuk tindakan lanjut.

Pekerja maut kepala terhentak tayar meletup ketika diisi angin

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker