Mbappe kembali ke kem latihan

Mbappe kembali ke kem latihan

Mbappe kembali ke kem latihan
MBAPPE kembali menjalani latihan bersama rakan pasukan Real. -FOTO Reuters

Miami: Bintang sensasi Real Madrid, Kylian Mbappe, sudah dibenarkan keluar hospital di Amerika Syarikat selepas mengalami masalah perut, menurut kenyataan rasmi kelab gergasi Sepanyol itu, Khamis lalu.

Mbappe, yang berada di Amerika Syarikat bagi menyertai kempen Piala Dunia Kelab, disahkan menghidap “gastroenteritis akut” dan dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian serta rawatan lanjut.

“Pemain kami, Kylian Mbappe, sudah dibenarkan keluar dari hospital petang ini dan sudah kembali ke kem latihan Real Madrid.

“Mbappe akan meneruskan rawatan perubatan khusus dan akan kembali menyertai aktiviti pasukan secara berperingkat,” menurut kenyataan Los Blancos.

Penyerang Perancis berusia 26 tahun itu terlepas aksi pembukaan Real Madrid menentang Al-Hilal pada Rabu yang berakhir dengan keputusan seri 1-1, dalam perlawanan pertama Xabi Alonso sebagai pengendali utama pasukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


Alonso sebelum itu berkata pada Selasa bahawa Mbappe sudah “berasa sedikit sihat” selepas mengalami sakit perut menjelang perlawanan di Miami.

Pemain skuad B Real Madrid, Gonzalo Garcia, 21, diturunkan dalam kesebelasan utama menggantikan Mbappe dan berjaya membuka jaringan menentang kelab dari Arab Saudi itu.

Perlawanan kedua Madrid dalam Kumpulan H dijadualkan berlangsung pada Ahad, 22 Jun ini, menentang kelab Mexico, Pachuca di Charlotte.

Mbappe mengakhiri musim pertamanya bersama Real Madrid sebagai pemenang Kasut Emas Eropah selepas menjaringkan 31 gol dalam saingan La Liga, namun Los Blancos menamatkan musim tanpa sebarang trofi utama.

Mbappe kembali ke kem latihan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker