Lelaki ditahan rompak kedai emas ‘bersenjatakan’ serbuk cili

Lelaki ditahan rompak kedai emas ‘bersenjatakan’ serbuk cili

Lelaki ditahan rompak kedai emas 'bersenjatakan' serbuk cili
Rakaman CCTV menunjukkan detik seorang lelaki meluru masuk ke kedai emas. (Foto kecil) Serbuk cili bertaburan di atas lantai premis selepas dilempar suspek. – Foto ihsan polis

LANGKAWI: Seorang lelaki bersenjatakan parang dan serbuk cili nekad merompak sebuah kedai emas di Jalan Pandak Mayah, Kuah, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 11.48 pagi itu, suspek dipercayai seorang lelaki tempatan berjaya diberkas polis berhampiran tempat kejadian tidak lama kemudian.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, ketika kejadian premis berkenaan dikendalikan seorang lelaki dan pembantu wanita masing-masing berusia 69 dan 60 tahun.

“Sebaik memasuki premis, suspek yang memakai penutup muka mencampakkan serbuk cili ke arah pekerja kedai, sebelum memecahkan cermin pameran menggunakan parang.

“Suspek sempat melarikan sejumlah emas bernilai kira-kira RM50,000.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


“Bagaimanapun, suspek dikejar pemilik kedai bersama orang awam sebelum diberkas anggota polis yang meronda berhampiran lokasi kejadian,” katanya melalui kenyataan, petang ini.

Shariman berkata, suspek, 45, kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata.

Lelaki ditahan rompak kedai emas ‘bersenjatakan’ serbuk cili

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker