Kes SRC RM27 juta: Najib dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan

Kes SRC RM27 juta: Najib dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan

Kes SRC RM27 juta: Najib dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan
NAJIB ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. FOTO Arkib NSTP/Asyraf Hamzah.

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Razak daripada tiga tuduhan pengubahan wang haram dana syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy, membuat keputusan membenarkan DNAA itu pada prosiding hari ini.

Pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM27 juta, yang digunakan untuk aktiviti tidak mengikut undang-undang, dalam tiga akaun AmPrivate Banking milik beliau.

Bekas perdana menteri itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 itu membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berita lanjut menyusul

Kes SRC RM27 juta: Najib dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker